• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebahagian Baucer MSN Ditandatangani Otman, Kata Saksi

oleh AK-47
05/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu sebahagian baucer bayaran kepada Majlis Sukan Negara (MSN) mempunyai perakuan (tandatangan) bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS, Otman Arsahd yang didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan RM38.4 juta, empat tahun lepas.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Akauntan (Pengurusan Audit) Jabatan Akauntan Negara, Ernie Roslan semasa memberi keterangan pada perbicaraan kes Otman.

Katanya kesemua baucer bayaran yang dikeluarkan KBS itu disediakan olehnya yang ketika itu bertugas sebagai Penolong Akauntan, Bahagian Kewangan KBS tetapi ditandatangani tertuduh.

Ernie yang merupakan saksi keempat pihak pendakwaan berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman dan dalam keterangannya, beliau berkata baucer bayaran itu dibuat bagi membiayai program-program sukan anjuran MSN antaranya Program Pembangunan Bola Sepak.

Pada prosiding hari ini juga pihak pendakwaan mengambil masa lima jam untuk membuat penandaan baucer bayaran berkenaan.

Otman didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Majlis Sukan Negara (MSN), Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil di sini, antara 28 Februari 2012 hingga 18 November 2015.

Bagi 15 tuduhan menyalahgunakan kedudukan, Otman didakwa mengarahkan Ketua Pengarah MSN untuk membuat bayaran kepada syarikat Dial Ex Sdn Bhd, milik dua anaknya berjumlah RM2,161,000 bagi pelbagai program kementerian antaranya program Futsal 2012 dan program sampingan Formula One (F1) 2013.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Bagi 17 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu, Otman didakwa memberi surat pembayaran melalui akaun kementerian kepada Pengarah Bahagian Kewangan MSN Abdul Rashid Yaakub, untuk bayaran pelbagai program kementerian kepada tiga syarikat milik rakannya berjumlah RM36,310,400.

Otman yang diwakili peguam Zaid Roslan didakwa mengikut Seksyen 18 akta sama yang memperuntukkan hukuman sama, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 5 Disember ini. – BERNAMA

Tags: KBSOtman Arsahd
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

KBS, KPT Bincang Jadikan E-sukan Kursus Jangka Panjang Di IPT – Menteri

19/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk menjadikan e-sukan sebagai kursus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd