• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Tahu Siapa Pembunuh Arafat – Mahmud Abbas

oleh Ahmad Albab
11/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Presiden Palestin, Mahmud Abbas menegaskan beliau tahu siapa yang membunuh Yasser Arafat, namun tidak memberikan nama.

Bercakap di depan ribuan penduduk pada sambutan ulang tahun ke-12 kematian pemimpin itu, Abbas berkata: “Anda bertanya saya siapa membunuhnya, saya tahu tapi keterangan saya seorang sahaja tidak mencukupi.

“Suruhanjaya siasatan menggali perkara ini, tapi anda cuma mengetahuinya pada peluang terawal dan terkejut apabila mengetahuinya.

“Saya tidak mahu menyebut nama tetapi nama ini tidak layak diingati.” Arafat memimpin pergerakan Palestin pada lewat tahun 1960-an, mengetuai perjuangan bersenjata bagi menentang Israel.

Beliau meninggal dunia pada 11 November 2004 di hospital berhampiran Paris akibat sebab yang tidak diketahui pada usia 75 tahun.

Selepas lebih sedekad kematiannya, Arafat kekal menjadi tokoh terkenal dalam budaya, politik dan masyarakat Palestin.

Rakyat Palestin sudah lama menuduh Israel meracun pemimpin itu, dakwaan yang disangkal keras rejim Zionis.

Mayat beliau digali semula pada 2012 untuk ujian tetapi siasatan pihak berkuasa Perancis tidak menemui bukti beliau diracun.

Palestin menolak dakwaan itu, merujuk percanggahan ketara antara hasil kajian Perancis dan penemuan berasingan oleh Switzerland dan Russia yang menyatakan keracunan polonium.

Abbas dan musuh tradisinya, Mohammed Dahlan, saling menuduh bersubahat dalam kematian Arafat pada masa lalu.

Komen Abbas dibuat dengan beberapa negara Arab dilaporkan menekan pemimpin berusia 81 tahun itu membenarkan Dahlan yang kini hidup dalam buangan di Emiriah Arab Bersatu, kembali ke Tebing Barat. – AGENSI/BH ONLINE

Tags: PalestinYasser Arafat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

Yasser Abu Shabab – Pengkhianat Bangsa Palestin Maut Dibunuh 

05/12/2025
0

Oleh Mynewshub  Gaza/Al-Quds – Yasser Abu Shabab, individu yang selama ini digelar sebagai pengkhianat oleh penduduk Gaza kerana didakwa bersekongkol...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd