• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarang Dadah Di Bukit Malut Digempur Polis, 95 Orang Ditangkap

oleh AK-47
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Kawasan Bukit Malut di Langkawi terus digempur polis dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah, dan dalam satu operasi terbaharunya, 95 orang pengedar dan penagih berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang hari ini berkata sembilan daripada yang ditangkap itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

“Sebanyak 105 gram heroin berjaya dirampas daripada mereka yang disyaki menjadi pengedar dalam operasi yang berlangsung selama empat hari itu,” katanya pada sidang media di sini.

Katanya seramai 70 orang pula diberkas kerana disyaki menagih dadah, 10 orang atas kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala masing-masing tiga orang di bawah Akta Racun 1952 dan ditahan kerana kesalahan imigresen.

“Kesemua yang ditangkap itu berumur dalam lingkungan antara 18 dan 47 tahun dan ada dalam kalangan mereka yang pernah ditangkap sebelum ini kerana kesalahan dadah,” katanya.

Che Ghazali berkata operasi itu turut berjaya memberkas seorang lelaki berumur 47 tahun kerana memiliki 18 liter cecair disyaki air ketum, 10kg daun ketum dan 600 botol ubat batuk.

“Bahan ketum ini dipercayai dibuat untuk kegunaan sendiri dan edaran di kawasan sekitar Langkawi, dan siasatan sedang dibuat untuk mengenal pasti dari mana ubat batuk ini diperoleh,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu disyaki mencampurkan air ketum dan ubat batuk dalam minuman bergas dan menjualnya pada harga RM10 sebotol.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahPenagih Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd