• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Guna Dadah Sumbang Peningkatan Kes Jenayah

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kes penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan di negeri ini adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya pelbagai kes jenayah termasuk penderaan.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah Mohd Nazir Mustafa berkata, ini kerana penagih dadah khususnya yang mengambil syabu akan menjadi lebih agresif dan bertindak di luar kawalan akibat halusinasi yang tinggi.

“Malah mereka boleh membunuh dengan cara yang kejam dan penagih akan melihat setiap orang adalah musuhnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kes penderaan yang membawa kepada penemuan mayat kanak-kanak yang berbalut dengan selimut toto dan disorokkan di dalam tong dalam bilik sebuah flat di negeri ini.

Mangsa yang meninggal sejak 9 Nov lalu dipercayai didera ibunya dan teman lelaki ibunya.

Ujian saringan air kencing terhadap wanita berumur 26 tahun dan teman lelakinya yang berumur 34 tahun itu mendapati kedua-duanya positif amphetamine.

Jelasnya, bagi tempoh Januari hingga November tahun ini sahaja, Kedah mencatatkan 6,413 kes penyalahgunaan dadah dengan 50 peratus daripadanya penagih berumur 20 hingga 30-an yang menggunakan dadah jenis syabu.

Mohd Nazir berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 5,411 kes bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu.

Tambah beliau, dadah sintetik ini juga semakin popular di kalangan pelajar dan buktinya hasil ujian air kencing yang dibuat di sekolah-sekolah bagi tempoh Januari hingga November tahun ini mendapati 336 pelajar positif syabu.

“Walaupun ia menunjukkan penurunan berbanding tahun lepas iaitu 374 kes, namun trend penggunaan dadah jenis sintetik ini semakin membimbangkan di kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Tambah beliau, AADK akan terus mempertingkatkan operasi menjelang tahun depan bagi mencerahkan semula semua daerah yang dikategorikan sebagai kelabu.

“Sekarang ini 12 daerah di Kedah dikategorikan kelabu atau hitam yang menggambarkan ancaman dadah perlu diatasi secara bersama dengan masyarakat dan AADK akan terus berusaha menjadikan 2018 sebagai tahun bebas dadah di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: AADKdadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd