• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU 355: UMNO Akan Bincang Dengan Parti Komponen

oleh Ahmad Albab
29/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – UMNO akan mengadakan perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian yang diusulkan PAS bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO itu berkata ini bagi membolehkan parti komponen mendapat pemahaman yang jelas berhubung tujuan RUU berkenaan.

“Kita sebagai sebuah kerajaan Barisan Nasional, kita akan berundinglah… dengan komponen-komponen Barisan Nasional supaya mereka faham apa dia sebenarnya tujuan rang undang-undang pindaan tersebut,” katanya pada Program Soal Jawab Khas bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di sini, hari ini.

Perdana menteri menegaskan bahawa RUU berkenaan bukannya hudud dan hanya melibatkan umat Islam.

“Ini menaikkan kuasa kepada Mahkamah Syariah dan ini tidak kena mengena dengan bukan Islam sama sekali,” katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.

Ia bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau dikenali Akta 355. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalMahkamah SyariahRUU 355UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd