Saturday, October 12, 2024

Creating liberating content

Jerebu: New Delhi Cecah...

NEW DELHI - New Delhi dan bandar-bandar berhampirannya kini berdepan pencemaran paling teruk...

Beyonce, Kim K, J...

SUPERSTAR sensasi Hollywood Beyonce, Kim Kardashian dan Jennifer Lopez mencuri perhatian para hadirin...

NASA Halang Angkasawan Dedah...

NASA didakwa mengarahkan angkasawan mereka supaya mengunci mulut dan tidak bercerita sewenang-wenangnya mengenai...

Tingkatkan Kesedaran Penjagaan Paliatif

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya orang ramai meningkatkan kesedaran tentang peranan golongan...

RUU 355 Hanya Untuk Tambah Kuasa Mahkamah Syariah

KUALA LUMPUR – Pindaan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) oleh PAS di Dewan Rakyat hanya bertujuan menambah bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Speaker Dewan Rakyat telah membenarkan usul itu yang dipinda dibaca hari ini namun disebabkan pindaannya agak menyeluruh maka penangguhan dibawah Peraturan Mesyuarat 15(5) dibenarkan.

“Ini bermakna usul YB Marang (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) belum lagi melalui Bacaan Pertama. Peraturan Mesyuarat 28 membenarkan sesuatu usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian untuk dipinda.

“Rang Undang-Undang persendirian berbeza dengan yang dibawa oleh kerajaan dimana seorang Menteri perlu memberi notis satu hari terlebih dahulu dan selepas nama rang undang-undang itu dibacakan oleh Setiausaha Dewan Rakyat di dalam Dewan disifatkan telah melalui Bacaan Pertama,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Azalina meminta semua Ahli Parlimen menghormati peraturan mesyuarat serta petua-petua yang telah dibuat oleh Speaker itu untuk memastikan perjalanan sidang Dewan Rakyat berjalan dengan sempurna.

Media hari ini melaporkan, penantian PAS untuk membentangkan pindaan rang undang-undang yang bertujuan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah berakhir hari ini selepas terlepas peluang dalam penggal parlimen yang lalu.

Walau bagaimanapun Abdul Hadi selaku Ahli Parlimen Marang memohon supaya usul tersebut dibahaskan pada sesi yang akan datang.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada 30 tahun penjara, denda sehingga RM100,000 dan 100 kali sebatan.


Buat masa ini, bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah untuk hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan. Kali terakhir hukuman ini disemak pada tahun 1984 iaitu 32 tahun lalu.

PAS sebelum ini mengemukakan usul untuk meminda akta tertentu bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah di negara ini supaya selaras dengan syariat Islam.

Usaha PAS untuk meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah itu bagaimanapun mendapat tentangan hebat Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN).

DAP mendakwa usaha PAS itu sebagai langkah awal untuk melaksanakan hukum hudud yang lapuk dan ketinggalan zaman serta bercanggah dengan hak asasi.

PKR dan PAN pula mendakwa usul PAS tersebut mengelirukan dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan bukan Islam di negara ini. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori