• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat India Bimbang Tak Cukup Rupee

oleh AK-47
11/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Keputusan mengejut kerajaan India menarik balik dua wang kertas denominasi terbesarnya daripada edaran mengakibatkan berjuta-juta rakyatnya dan warga asing kehabisan wang tunai itu.

Dua hari lalu, Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan wang kertas denominasi 500 (RM32) dan 1,000 rupee (RM64) tidak lagi sah diperlakukan dalam usaha mengekang jenayah mengelak cukai dan rasuah.

Langkah itu mendorong orang ramai berpusu-pusu mengeluarkan wang kertas denominasi kecil sebelum mesin pengeluaran wang automatik (ATM) ditutup pada tengah malam bagi perbelanjaan harian.

Bagaimanapun, berjuta-juta orang tidak sempat mengeluarkan wang dan terkandas tanpa wang tunai.

Keadaan bagaimanapun beransur pulih pada Khamis apabila bank di India dibuka semula dengan orang ramai beratur panjang untuk menukar wang kertas lama mereka atau mengeluarkan wang.

Beberapa bank di New Delhi turut menerima wang kertas baharu 2,000 rupee (RM128) dengan sebahagian mesin ATM kembali beroperasi.

“Saya ke sini untuk memeriksa jika boleh menukar wang kertas lama untuk wang baharu walaupun saya tidak mempunyai akaun dengan bank.

“Kami bimbang akan timbul masalah ketika mahu membeli barangan harian dalam masa beberapa hari akan datang kerana kebanyakan orang kekurangan wang kecil atau wang kertas baharu,” kata seorang vendor akhbar, R.P Singh.

Kerajaan India mengumumkan orang ramai boleh menukar wang kertas lama untuk wang baharu atau mendepositnya ke akaun masing-masing mulai Khamis.

Individu yang akaunnya mempunyai banyak wang secara tiba-tiba akan disiasat pihak berkuasa percukaian.

Bilangan bank di seluruh India terutamanya di luar bandar yang menerima wang kertas 2,000 rupee baharu itu masih tidak jelas.

Wang kertas 500 dan 1,000 rupee reka bentuk baharu akan diagihkan kemudian.

Selain itu, langkah penarikan semula itu hanya akan menjejaskan mereka yang mengelak daripada cukai.

Awal tahun ini, kerajaan India melaksanakan program pengampunan cukai selama empat bulan yang menyaksikan rakyat negara itu mengisytiharkan kekayaan tersembunyi berjumlah AS$10 bilion (RM42 bilion).

Namun, skim itu berakhir bulan lalu dan sesiapa yang mendeposit wang tunai dalam jumlah besar mungkin terpaksa membayar cukai tertunggak sehingga 200 peratus. - AFP

Tags: rupeeWang kertas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wang Kertas Bebas Unsur Lemak Babi

19/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Wang kertas negara bebas daripada lemak haiwan dan tidak mengandungi unsur lemak babi, kata Timbalan Menteri Kewangan,...

Wang Kertas Malaysia Ada Lemak Babi?

20/09/2019
0

BANGI - Seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) mendakwa beliau mendapat maklumat wang kertas di negara ini dipercayai mengandungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd