• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Masih Ahli Parlimen Pandan – SPR

oleh AK-47
15/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pandan selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman 18 bulan penjaranya.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, hal itu berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48 (4) (b) Perlembagaan Persekutuan kerana berhak untuk merayu terhadap keputusan itu.

“Oleh yang demikian kerusi yang disandang oleh beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau akan kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Hashim berkata, memandangkan kes itu masih belum selesai maka tidak wajar bagi SPR untuk membuat ulasan berkaitan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Pandan.

Tambahan pula, katanya, berdasarkan laporan oleh media, Rafizi akan memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Sesyen tersebut.

“Sebarang proses perundangan berkaitan dengan kerusi Parlimen Pandan akan hanya ditentukan setelah proses rayuan di mahkamah dan di bawah Perlembagaan Persekutuan dimuktamadkan,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Mohd. Hashim AbdullahRafizi RamliSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

PRN Johor: DAP Ingatkan SPR Tiada Etika Berpakaian Ke Pusat Pengundian

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada etika berpakaian ditetapkan bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd