Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Gadis ‘Rapunzel’ Hasrat Simpan...

PASTI ramai mengetahui mengenai kisah animasi dongeng Rapunzel, seorang puteri yang memiliki rambut...

Desak Polis Siasat Kes...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera...

RASMI: Sah! BN Tawan...

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...

Bayi Maut Selepas Diberi...

BALING - Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut selepas diberi makan epal...

Rafizi Letak Jawatan SUA PKR, Diganti Balik Saifuddin

PETALING JAYA – Hasrat sesetengah pihak dalam PKR mahu Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dilantik menjadi Setiausaha Agung parti itu nampaknya tidak kesampaian.

Ini selepas Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan sendiri tempat Rafizi Ramli itu digantikan semula oleh bekas Setiausaha Agung PKR sebelum ini iaitu Datuk Saifuddin Nasution.

Kamaruddin ialah mantan Setiausaha Agung PAS yang memang diketahui sebagai ‘orang kepercayaan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim selain rapat dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Wan Azizah, Ahli Parlimen Pandan itu terpaksa meletak jawatan selepas disabitkan dengan hukuman penjara selama 18 bulan kerana kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Saya menerima surat peletakan Rafizi sebagai Setiausaha Agung PKR yang disampaikan di tangan saya hari ini,” kata beliau dalam sidang media khas di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Peletakan jawatan itu ujarnya, kemudian dibincangkan terlebih dahulu dengan mengambil kira kemungkinan beliau dijatuhkan hukuman ke atas pertuduhan yang dibawa terhadap beliau.

“Rafizi telah memaklumkan kepada saya sejak setahun lalu untuk melepaskan jawatan sekiranya beliau disabitkan kesalahan yang melucutkan kelayakan beliau memegang jawatan di dalam organisasi PKR,” kata Wan Azizah.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Saifuddin yang akan memulakan kembali tugas sebagai Setiausaha Agung PKR berkuat kuasa esok. Bagaimanapun kelibat Azmin tidak kelihatan dalam sidang media berkenaan.

Wan Azizah berkata, berita perletakan jawatan tersebut sudahpun dimaklumkan terlebih dahulu kepada Ketua Umum PKR iaitu suami beliau sendiri yang juga bekas Ketua Pembangkang di Parlimen.


Ia susulan hukuman 18 bulan dikenakan terhadap Rafizi selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad yang merupakan kesalahan di bawah OSA 1972.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di lobi bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini pada 3 petang, 24 Mac lalu, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972 dan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun.

Malah Rafizi turut didakwa mendedahkan kandungan laporan tersebut dalam sidang media di tempat dan pada masa sama, iaitu pada 28 Mac lepas, mengikut Seksyen 8(1)(c)(iv) akta yang sama.

Saifuddin adalah mantan Ketua Pengarah Strategik PKR dan kemudiannya pernah dilantik ke jawatan setiausaha agung antara 2010 hingga 2014 sebelum dipegang oleh Rafizi pada Oktober 2014.

Rafizi bagaimanapun masih lagi kekal selaku Naib Presiden PKR kerana jawatan tertinggi berkenaan dipilih terus oleh akar umbi parti tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori