Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Video Pembuat Mi Menari...

VIDEO seorang pembuat mi sedang menari keriangan sambil melakukan pekerjaannya menjadi tular baru-baru...

Video: Beri Isyarat Lucah,...

PETALING JAYA - Rakaman video memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai rakyat tempatan merosakkan...

‘Culik Diri Sendiri’ Kerana...

MEXICO – Hanya kerana malu isterinya berpendapatan lebih tinggi daripadanya, seorang lelaki, Eliot...

Video: Aksi ‘Henjut’ Kak...

SELEPAS memaparkan aksi memalukan diri dalam rakaman video mempromosikan produk Jus Khazanah sebelum...

Polis Kemaman Rampas Mercun Bernilai RM450,000

KEMAMAN – Taktik seorang pemandu lori dan pembantunya cuba menyembunyikan kotak mercun dan bunga api pelbagai jenis menggunakan guni benih nanas tidak berjaya apabila ia dihidu polis dan diberkas di Km324 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) Kuala Terengganu-Kuantan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata kedua-dua lelaki yang berasal dari Kelantan itu ditahan bersama-sama 186 kotak mercun dan bunga api bernilai kira-kira RM450,000 pada 9 malam.

Polis percaya mercun ini diperoleh dari negara jiran untuk pasaran negeri Johor bagi sambutan perayaan Krismas nanti, katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Katanya kedua-dua suspek juga mengaku pada bulan lepas turut menghantar bekalan ke destinasi sama dan mereka hanya menerima arahan daripada seorang lelaki untuk menghantar bahan larangan itu dan polis sedang mengesan dalang utama tersebut.


Mohd Said berkata semakan mendapati lori tersebut pernah terlibat dalam kejadian samun di Kuala Kubu Bahru, Selangor pada 2009.

Kedua-dua suspek yang berumur 35 dan 31 tahun itu direman selama empat hari sehingga esok, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori