• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru 2 Anggota ‘Geng Kapak’ Aktif Samun

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu dua anggota ‘Geng Kapak’ yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Ampang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata lelaki tempatan berusia 21 dan 25 tahun itu, yang dipercayai berada di kawasan Ampang, menjadikan kapak sebagai senjata dalam kegiatan samun mereka.

“Kumpulan ini aktif menyamun sejak dua tahun lepas menggunakan taktik menakutkan mangsa dengan mengacukan kapak ke arah mereka sebelum menyamun,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata dua lelaki berkenaan dikenal pasti selepas dalang kumpulan itu, lelaki berumur 21 tahun, ditangkap dalam serbuan di Jalan Mewah, Ampang Jaya di sini pada 18 Nov lepas.

“Dalam serbuan itu, polis turut menemui kapak, pisau, pemutar skru, empat telefon bimbit, beberapa kotak rokok pelbagai jenama dan sebungkus wang syiling,” katanya.

Hamzah berkata lelaki itu dipercayai terlibat dalam lapan kes samun kedai serbaneka dan sebuah rumah.

Reman suspek selama tujuh hari berakhir hari ini dan akan disambung semula bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata secara berkumpulan, katanya. – BERNAMA

Tags: penjenayahpolissamun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd