• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesuruhjaya PAS Selangor Akui Kini Zaman Fitnah

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad akhirnya mengakui umat Islam di Malaysia kini berada dalam zaman fitnah tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Beliau membuat pengakuan itu selepas orang kanannya sendiri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Zaidy Abdul Talib difitnah menyertai demonstrasi anti kerajaan Bersih 5 pada 19 November lalu.

“Tindakan mereka yang menyebarkan fitnah ini telah melakukan satu perbuatan yang keji.

“Saya hairan kenapa ada yang mahu menyerang Zaidy. Apakah tujuan mereka? Siapa yang pula yang tergamak melakukannya? Memang kita berada di zaman fitnah tumbuh seperti cendawan selepas hujan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAS sebelum ini memutuskan semua ahlinya dilarang menyertai demonstrasi Bersih 5 anjuran kumpulan anti kerajaan, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di ibu negara.

Ia ekoran perhimpunan yang diyakini dipelopori golongan liberat dan anti Islam itu didapati boleh menjejaskan kepentingan agama dan umat Islam negara ini.

Parti gabungan Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN) bagaimanapun mendakwa ramai ahli PAS tidak mempedulikan arahan itu dan menyertai demonstrasi anti kerajaan Bersih 5.

Situasi terkini negara turut menyaksikan pelbagai fitnah dan dakyah dilemparkan ke atas kerajaan Malaysia di media sosial oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan serta PPBM.

“Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka jahanam dan dari seksa kubur dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Iskandar Abdul SamadfitnahPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd