Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Bomba Yakin Nora Anne...

NILAI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yakin gadis warganegara Ireland, Nora...

Jualan Rahmah Bantu Rakyat...

Program Jualan Rahmah (PJR) yang berterusan dan bantuan kerajaan terhadap golongan yang memerlukan...

Saham KL Rendah Dalam...

KUALA LUMPUR – Saham-saham di Bursa Malaysia lebih rendah dalam dagangan awal hari...

Polis Tunjuk Bakat Nyanyi,...

APABILA menjelang musim perayaan, tidak sah rasanya kalau kita tidak menonton iklan video...

Pesawat Mendarat Cemas Kerana Lelaki Berbogel

SEBUAH pesawat yang dari perjalanan dari Mexico ke Frankfurt terpaksa mendarat cemas di Amerika Syarikat selepas salah seorang penumpangnya berbogel dan mengugut untuk membunuh penumpang lain.

Oliver Gee, 34, yang berasal dari Britain, kini berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun kerana mabuk dan menunjukkan alat sulitnya kepada orang ramai dalam pesawat Condor.

Menurut saksi, Gee didakwa meminta minuman keras sebelum pesawat berlepas dan turut berperangai agresif.

Selepas pesawat berlepas, dia telah mengancam untuk membunuh penumpang lain dan turut menganggu seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Gee juga mahu kencing di dalam kabin namun telah dibantu oleh pramugari serta penumpang lain untuk ke tandas. Malangnya, mereka telah ditampar oleh Gee.


Dia akhirnya dikepung oleh penumpang lain termasuk kakitangan penerbangan dan pihak berkuasa Amerika Syarikat kemudiannya telah dimaklumkan mengenai pendaratan cemas itu.

Sebaik mendarat, FBI telah menahannya sementara pesawat tersebut meneruskan penerbangan ke Franffurt. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori