• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Besar Bukti Semua Kaum Diberi Perhatian

oleh AK-47
19/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – Penyaluran peruntukan besar menerusi Bajet 2017 untuk membantu sekolah Cina, mubaligh dan pertubuhan keagamaan bukan Islam di Sabah membuktikan kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan kepentingan dan keperluan semua kaum serta agama di seluruh Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata menerusi Bajet Negeri 2017 yang dibentangkan semalam, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM32 juta untuk menyokong dan membantu segala aktiviti serta keperluan sekolah berkenaan.

“Kerajaan negeri amat memahami keprihatinan tinggi masyarakat Cina dalam hal penubuhan dan pengelolaan sekolah. Oleh itu kita memberi peruntukan sebanyak RM12 juta kepada semua sekolah Cina seluruh Sabah setiap tahun,” katanya ketika merasmikan kompleks serbaguna dan bangunan baharu Sekolah Menengah Pei Tsin Kudat, di sini hari ini.

Musa berkata kerajaan negeri juga sentiasa mengambil berat terhadap masalah serta keperluan sekolah menengah persendirian di Sabah, dengan memberi peruntukan RM250,000 kepada sekolah berkenaan setiap tahun.

“Kita juga mengiktiraf dan memuji sumbangan masyarakat Cina kepada kerajaan dalam membantu membasmi kemiskinan dan buta huruf melalui pendidikan,” katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Musa berterima kasih kepada semua pihak termasuk para penderma yang banyak membantu untuk memastikan projek pembinaan kompleks serbaguna dan bangunan baharu sekolah itu berjalan lancar.

“Sekolah Menengah Pei Tsin Kudat yang berusia 48 tahun merupakan sekolah persendirian tunggal di daerah ini dan kini ia mempunyai bentuk infrastruktur yang indah. Saya percaya dengan adanya kemudahan ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih selesa,” katanya.- BERNAMA

Tags: Bajet 2017Datuk Seri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jaringan Hatrik Teerasil Bantu Thailand

Next Post

Kim Swee Buru 3 Mata Aksi Pembukaan Kumpulan B

Related Posts

SPRM Tahan Musa Aman, Didakwa Petang Ini

05/11/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk menghadapi...

Kertas Siasatan Kes Musa Dijangka Diserah Kepada TPR

24/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis dijangka menyerahkan kertas siasatan melibatkan Tan Sri Musa Aman berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua...

Next Post

Kim Swee Buru 3 Mata Aksi Pembukaan Kumpulan B

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd