Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

MINDEF Sedia Teliti SOP...

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan (MINDEF) sedia meneliti keperluan untuk melihat semula prosedur...

Pindaan AUKU Dijangka Dibentang...

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dijangka membentangkan Rang Undang-Undang berhubung cadangan pindaan...

Lelaki Lolos Polis Walaupun...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki memandu secara merbahaya ketika memecut kereta yang membawa...

Irfan Mahu Felda United...

MARAN - Pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim mahu anak buahnya meneruskan...

Jaringan Hatrik Teerasil Bantu Thailand

YANGON – Thailand membuka kempen memburu kejuaraan kelima kejohanan bola sepak, Piala AFF Suzuki dengan langkah kanan apabila mengalahkan Indonesia 4-2 di Stadium Sukan Filipina di Bulacan, Filipina.

Pada perlawanan pembukaan Kumpulan A itu, penyerang veteran, Teerasil Dangda menghadiahkan Thailand dengan jaringan hatrik pada miniat ke-36, 79 dan minit-minit terakhir perlawanan.

Pemain tengah, Perapat Notechaiya membuka tirai jaringan pada minit ke-24 sebelum Teerasil menggandakan jaringan untuk Thailand mendahului 2-0 pada separuh masa.

Pada babak kedua, Indonesia bangkit dengan serangan kilat apabila berjaya merapatkan jaringan menerusi Boaz Solossa pada minit ke-53 sebelum menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi jaringan Lerby Eliandry Pong Baru.


Bagaimanapun, Teerasil mengesahkan mata penuh Thailand dengan jaringan hatrik. Thailand akan bertemu dengan Singapura, Selasa ini, sebelum melengkapkan jadual pusingan awal dengan menentang tuan rumah, Filipina, pada 25 Nov ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori