• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyanyi, Komposer Popular 1990-an, Arab Meninggal

oleh AK-47
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNIA seni kehilangan insan berbakat apabila penyanyi dan komposer, Syed Azlan Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Arab menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.30 pagi Sabtu.

Allahyarham yang berusia 50 tahun meninggal dunia akibat komplikasi jantung di sebuah hospital swasta di Seremban, Negeri Sembilan.

Perkara tersebut bagaimanapun dikongsikan melalui status Facebook oleh sepupunya, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

“Mendapat perkhabaran duka kembalinya ke Rahmatullah sepupu saya, Syed Azlan @ Arab pagi ini,” tulisnya.

Allahyarham dikatakan mengadu sakit dada ketika dalam perjalanan pulang dari Johor, awal pagi tadi dan dikejarkan ke klinik berdekatan sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital.

Difahamkan, arwah tidak pernah terkena serangan jantung dan pemergiannya adalah suatu yang cukup mengejutkan pelbagai pihak.

Arab sinonim dengan kumpulan duo, Arab dan Aidit yang terkenal menerusi lagu Bila Bulan Berwarna Biru dan pernah menjadi vokalis kumpulan Lefthanded untuk album Nafas.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Labis, Johor selepas solat Asar hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Marina Abdul Manap dan tiga orang anak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Arabmeninggal duniapenyanyi
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

Laung Hidup Melayu, Bila Meninggal Dunia Harta RM4 Bilion – PMX Anwar

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat bekas menteri yang semasa hayatnya sering melaungkan hidup Melayu, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd