• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Syarikat Minyak Masak Gagal Rekod Stok Didenda

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat didenda RM25,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal menyelenggara buku stok bagi setiap pembelian dan penjualan minyak masak di premis syarikat berkenaan di Petaling Jaya, pada Sabtu lepas.

Hakim Ahmad Azahari Abdul Hamid mengenakan denda itu selepas Yong Tin Soong, 61, pengarah Syarikat Yong Soon Fatt Sdn. Bhd., mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Yong selaku pengarah syarikat didakwa gagal menyelenggara buku stok bagi setiap pembelian dan penjualan barang berjadual iaitu minyak masak, tidak mengandungi harga, nama dan alamat pembeli serta penjual, yang melanggar Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Pengarah syarikat itu didakwa melakukan kesalahan di premis syarikatnya di Petaling Jaya, kira-kira 11 pagi pada 5 November lepas, dan dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta jika sabit kesalahan.

Yong bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan sama ke atas syarikat berkenaan.

Bagi pertuduhan itu, Ahmad Azahari menetapkan 19 Dis untuk sebutan semula kes.

Di mahkamah yang sama, pengarah syarikat Pusat Perniagaan Matahari Sdn. Bhd., Chong Joo Kheang, 59, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama yang dikenakan ke atas beliau dan syarikat itu.

Chong dan Pusat Perniagaan Matahari didakwa melakukan kesalahan di premis syarikat di Petaling Jaya, kira-kira 12 tengah hari pada 8 November lepas.

Ahmad Azahari membenarkan Chong dibebaskan dengan jaminan RM50,000 serta seorang penjamin, juga menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula.

Pendakwaan bagi kesemua kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A. Karthiyayini sementara Chong diwakili peguam Naziha Ahmad dan Yong tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: dendaPengarah
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd