• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Pulau Pinang Gesa Tangani Banjir Kilat

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Banjir kilat berterusan yang melanda Pulau Pinang pada minggu lepas mengecewakan penduduk Pulau Pinang.

Hanya tiga hari selepas banjir kilat melanda George Town, sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk, hari ini lebih daripada 100 isi rumah pula terjejas akibat banjir kilat di Batu Maung.

Saidin Ghazali, 68, yang menetap di kawasan terjejas selama empat dekad berkata beliau letih dengan keadaan yang berulang dan menjadi semakin buruk dari semasa ke semasa.

“Saya hampir tak terkira berapa kali rumah saya dilanda banjir, merosakkan harta benda saya. Banjir kali ini adalah yang paling buruk yang pernah saya hadapi selama 40 tahun saya tinggal di sini,” katanya.

Dia berkata tahun ini adalah tahun terburuk dan rumahnya dilanda banjir lebih daripada tiga kali dan pada tahun sebelum ini rumahnya tidak pernah banjir.

“Saya bosan dengan janji keadaan akan menjadi lebih baik. Saya hanya berharap pihak berkuasa akan melakukan kerja mereka supaya kita tidak perlu menghadapi keadaan ini lagi dan lagi,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Hasiah Md Isa, 58 berkata, setiap kali hujan, kemungkinan besar rumahnya akan dibanjiri, dan tinggal berlumpur selepas surut.

“Kami penat. Habis segala barang rumah rosak dan akhirnya kita sendiri kena bersihkan segala kekotoran dan sampah sarap. Sila lakukan sesuatu, dan lakukannya sekarang,” katanya.

Menurut penduduk tempatan, hujan bermula kira-kira 3 pagi dan semakin lebat dua jam kemudian sehingga menyebabkan banjir di kawasan itu.

Berdasarkan pemerhatian, kawasan muka bumi rendah yang dikenal pasti pihak berkuasa sedang berjalan beberapa pembinaan infrastruktur utama sehingga menyebabkan longkang sedia ada tidak dapat berfungsi sebaiknya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang melawat kawasan terjejas berkata, selain kerja-kerja pembinaan satu lagi sebab banjir berlaku adalah kerana sistem perparitan yang ketinggalan zaman.

“Kampung ini kampung lama dan tidak mempunyai sistem perparitan yang betul. Kami sedang mendapatkan tanah yang diperlukan bagi membina sistem perparitan yang lebih baik untuk rakyat, “katanya.

Beliau berkata, pembangunan yang sedang berjalan di sebelah bukit di belakang kampung itu juga diarahkan untuk membina kolam takungan untuk mengelakkan air mengalir.

“Sekarang musim hujan dan kita mesti bersedia untuk yang terburuk,” katanya.

Sementara itu, menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), 751 rumah-rumah dari Utara, Selatan dan Tengah Seberang Perai terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat yang bermula awal pagi ini.

Sehingga kini, tiada pemindahan dilakukan oleh pihak berkuasa. – BERNAMA

Tags: banjir kilatpenduduk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

Gabungan Nasionalis Minta Kerajaan Lihat Semula Pengiktirafan MCCBCHST

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta melihat semula pengiktirafan kepada Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao...

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

13 Tahun Hidup Tanpa Bekalan Elektrik, Keluarga Nekad ‘Tahan’ Rombongan Tuanku Mohon Bantuan

20/05/2026
0

PAHANG - Selepas 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik, sebuah keluarga di sebuah kawasan di negeri ini nekad berdiri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd