• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembayar Zakat Rasai Pengalaman Santuni Asnaf

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BHARU – Bagi menghargai pembayar zakat negeri ini, Lembaga Zakat Selangor (LZS) membawa mereka merasai sendiri bagaimana wang yang dikeluarkan itu dimanfaatkan bagi meringankan beban para asnaf.

Melalui program ‘Wheel 4 Ummah’ selama sehari semalam itu, 10 individu terpilih mewakili pembayar zakat bersama 40 peserta lain terdiri daripada anggota kumpulan nasyid tempatan, sukarelawan dan 18 kenderaan pacuan empat roda kumpulan BlackWind merasai pengalaman menyantuni asnaf di sini.

Ketua Jabatan Komunikasi Strategik LZS, Mohamed Syahril Zainol berkata, kumpulan ini dibawa ke dua lokasi, Masjid Jamek Ar-Rahimah dan perkampungan orang Asli Buluh Telur, bagi melihat bagaimana wang zakat dibelanjakan.

“Di Masjid Jamek, LZS membuat serahan bantuan bagi sesi persekolahan 2017 kepada 257 asnaf fakir dan miskin di kawasan Hulu Selangor, melibatkan pengagihan wang zakat RM146,320.

“Di perkampungan orang Asli pula, kami bergotong-royong mengecat dan membaiki rumah milik dua keluarga asnaf miskin,” katanya kepada Bernama selepas program berkenaan.

Kata Mohamed Syahril, program ‘Wheel 4 Ummah’ adalah antara program utama yang disusun bersempena kempen Zakat Di Hati yang berlangsung selama sebulan dari 15 Nov lalu hingga 15 Dis depan.

Kempen berkenaan bertujuan merapatkan hubungan antara LZS dengan pembayar, penerima dan prospek zakat (bakal pengeluar dan bakal penerima).

“Dengan program sebegini masyarakat dapat melihat sendiri bagaimana LZS menguruskan wang zakat yang diterima, ia penting kerana sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan wang zakat di negeri ini, LZS perlu mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada masyarakat.

“Diharap juga dengan pendedahan seperti ini, kesedaran umat Islam di Selangor untuk menunaikan tanggungjawab mereka seperti yang dituntut Rukun Islam dapat ditingkatkan,” katanya.

Menurut beliau, dalam kempen itu pelbagai program menarik telah disusun, antaranya program bantuan pendidikan, ziarah asnaf dan khatan perdana. – BERNAMA

Tags: asnafZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd