• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Sekolah Agama Trauma Dibuli Pelajar Senior

oleh Ahmad Albab
30/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah agama di sini, trauma untuk ke sekolah selepas dipukul beberapa pelajar senior sehingga patah tulang rusuk pada 16 Nov lalu.

Muhammad Aiman Fahmi Norizzal, 13, berkata dia ditendang, ditampar dan diseret hanya kerana enggan memberikan air kotak miliknya selepas diminta oleh seorang daripada pelajar senior berkenaan.

Beliau berkata kira-kira pukul 1.30 pagi, dia dikejut oleh seorang pelajar senior untuk memintanya pergi ke surau dan apabila tiba di situ dia dipukul sekumpulan pelajar berkenaan.

“Mereka pukul saya seorang demi seorang, selepas setengah jam dipukul baru saya dilepaskan dan mereka mengugut supaya tidak melaporkan perkara itu kepada sesiapa termasuk guru,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Taman Sri Kinta, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya kejadian itu terbongkar selepas dia mengalami sesak nafas dan perlu mendapatkan rawatan lanjut.

Bapa mangsa, Norrizal Ramli, 36, berkata selepas menerima panggilan telefon dari pengawal sekolah yang mengatakan tentang keadaan anaknya, beliau segera menghantar anaknya ke Klinik Kesihatan Greentown.

“Pada mulanya dia hanya memberitahu sesak nafas kerana terjatuh sehinggalah doktor yang memeriksa memberitahu anak saya ini mungkin dipukul kerana terdapat kesan lebam di belakang dan hadapan badannya.

“Selepas membuat ujian X-ray, saya dimaklumkan bahawa tulang rusuk sebelah kirinya patah,” katanya dan menambah laporan polis dibuat di Balai Polis Jelapang pada 18 Nov lalu.

Menurutnya, selepas kejadian itu anaknya mengadu tidak lagi mahu bersekolah di sana atau mana-mana sekolah berasrama kerana enggan dibuli lagi.

Norrizal turut melahirkan rasa kesal terhadap sikap sambil lewa pihak sekolah menangani perkara itu dan seolah-olah tidak mengambil peduli tentang masalah pelajar di situ.

“Saya diberitahu bahawa kejadian sedemikian sering terjadi di sekolah berkenaan, namun tiada tindakan diambil oleh pihak sekolah untuk membendungnya daripada terus berleluasa.

“Kalau boleh saya nak perkara ni berhenti di sini dan biarlah anak saya menjadi mangsa terakhir, sebab anak saya beritahu ada beberapa lagi pelajar tingkatan satu yang lain turut dibuli,” katanya. – BERNAMA

Tags: buli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pelatih Guru IPGM Terlibat Buli Akan Dibuang, Bakal Pendidik Perlu Tunjuk Akhlak Yang Baik

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memandang serius kejadian buli di sebuah kampus IPGM seperti yang dilaporkan media...

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

Ibu Dakwa Anak Dibuli Hingga Dirawat Di ICU

17/10/2025
0

Kuala Lumpur: Seorang ibu mendakwa anak perempuannya, pelajar institusi pendidikan di bawah sebuah agensi agama dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd