• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OKU Dari Kolej Komuniti Harumkan Nama Malaysia

oleh AK-47
30/11/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Muhammad Safiuddin Rosli, pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Kolej Komuniti Selayang, mengharumkan nama Malaysia di Perancis apabila memenangi tempat kelima daripada 24 peserta dari 12 negara dalam ‘International Abilympics Competition’, pada Mac lepas.

Muhammad Safiuddin, 21, dari Bukit Beruntung, Selangor, yang mengalami masalah pendengaran, memenangi pertandingan berkenaan dalam kategori masakan.

International Abilympics merupakan pertandingan khas bagi golongan OKU tanpa mengira usia dari seluruh dunia dalam bidang kemahiran.

Pelajar OKU Dari Kolej Komuniti Harumkan Nama Malaysia

Ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Gemilang Politeknik dan Kolej Komuniti (AGPKK) 2016 di sini malam tadi, Muhammad Safiuddin berkata pensyarahnya Asfarul Haris dan ibu bapanya banyak memberi dorongan untuk dia berjaya dalam pertandingan itu.

Muhammad Safiuddin yang ditemuramah media dengan bantuan Asfarul berikutan sukar berkomunikasi melahirkan rasa syukur dan gembira kerana dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa biarpun berdepan pelbagai cabaran.

“Saya anak sulung daripada lima beradik dan ayah saya bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala ibu saya pula suri rumah.

“Kekurangan yang ada pada saya bukan penghalang saya menyertai pertandingan peringkat antarabangsa ini, sebaliknya menjadi satu kekuatan untuk saya terus mencuba sebaik mungkin mengharumkan nama Malaysia,” kata Muhammad Safiuddin.

Lulusan Sijil Asas Kulinari itu kini bekerja di sebuah restoran makanan segera di Kuala Lumpur dan bercita-cita untuk menjadi chef.

Sementara itu, Asfarul berkata biarpun Muhammad Safiuddin mendapat tempat kelima namun pencapaian itu membanggakan warga Kolej Komuniti kerana ini kali pertama Malaysia menghantar penyertaan bagi kategori masakan dalam pertandingan itu.

Beliau berkata mereka berdua melakukan persediaan selama enam bulan bagi menghadapi pertandingan itu dengan cabaran paling besar adalah perlu menyediakan hidangan berasaskan bahan dari negara Eropah.

“Di sini Muhammad Safiuddin perlu sesuaikan diri dengan bahan yang dia tidak biasa gunakan dan Alhamdulillah syukur, dia berjaya hingga memperoleh tempat kelima yang boleh dianggap sebagai satu kejayaan membanggakan.

“Sememangnya saya bangga melihat kejayaan dia sekarang yang dapat menjalani kehidupan seperti orang lain dan saya juga masih memantau perkembangannya termasuk berhubung dengannya serta ahli keluarganya,” katanya.

Penyampaian anugerah berkenaan disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching. – BERNAMA

Tags: International Abilympics CompetitionKolej Komuniti SelayangPelajar OKU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Perlu Tangkis Persepsi Bahawa Politik Membosankan

Next Post

Jalani Pembedahan RM645K Untuk Menyerupai Jack Ma

Related Posts

Peniaga Pasar Malam Didakwa Rogol, Amang Seksual Pelajar OKU

Peniaga Pasar Malam Didakwa Rogol, Amang Seksual Pelajar OKU

14/07/2024
3

MUAR - Seorang peniaga pasar malam dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di sini pada Ahad atas 11 pertuduhan merogol dan amang...

Tiada Lagi Murid OKU Ditolak Masuki Alam Sekolah

04/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan memastikan bermula tahun depan tiada pelajar orang kelainan upaya (OKU) yang ditolak daripada memasuki...

Next Post

Jalani Pembedahan RM645K Untuk Menyerupai Jack Ma

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd