• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Dan Janda Didakwa Bunuh Pemandu Jengkaut

oleh
20/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Seorang pelajar lelaki dan seorang janda didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemandu jengkaut di Tanjung Gading, Sungai Mati, di sini.

Muhammad Firdaus Hamzah, 19, dan Norshahilla Ismail, 23, didakwa membunuh Omar Miskam, 49, di hadapan sebuah rumah beralamat Tiang Lampu LLN JK 19, Jalan Kesang Laut, Batu 2, Tanjung Gading, Sungai Mati di sini, antara 11.59 malam, 31 Oktober lepas dan 4.30 petang, 1 November lepas.

Muhammad Firdaus, seorang pelajar Giatmara dan Norshahilla, seorang pelajar Kolej Komuniti didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan daripada kedua-dua tertuduh direkodkan di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Terdahulu, Muhammad Firdaus yang memakai baju lokap berwarna oren kelihatan terpinga-pinga dan keliru selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Peguam R. K. Balakrishnan yang mewakili Muhammad Firdaus memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya mempunyai masalah psikiatri dan pernah mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar sebelum ini.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain memohon supaya Muhammad Firdaus dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk pemeriksaan kesihatan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Majistret Maslinda memerintahkan Muhammad Firdaus menjalani pemeriksaan kesihatan mental di hospital itu dan kemudiannya menetapkan 22 Disember untuk sebutan semula kes bagi mengetahui laporan perubatan kesihatan lelaki itu serta lantikan peguam bagi Norshahilla.

Turut hadir ke mahkamah ialah anggota keluarga kedua-dua tertuduh yang dilihat mengesat air mata sepanjang prosiding berlangsung.

Pada 6 November lepas, polis menemukan lima bungkusan plastik hitam berisi keratan anggota badan manusia yang disorok dalam longkang di Kampung Kesang Laut, dengan bahagian kepalanya ditemui tidak jauh dari lokasi itu. – BERNAMA

Tags: bunuhJengkautmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Tanah Robohkan ‘Flat Rohingya’

Pemilik Tanah Robohkan ‘Flat Rohingya’

13/06/2026
0

KAJANG - Sebuah binaan haram yang diberi jolokan 'Flat Rohingya' di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat dekat sini...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd