• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAU 2016: UMNO P.Pinang Bawa Isu Kerajaan DAP Lemah

oleh Ahmad Albab
18/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Kelemahan dan kecacatan kerajaan DAP Pulau Pinang selama lapan tahun mentadbir negeri, merupakan isu dibangkitkan UMNO Pulau Pinang pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata perkara itu perlu dikongsi dengan perwakilan UMNO seluruh negara untuk dijadikan iktibar daripada pengalaman rakyat Pulau Pinang.

“Banyak isu-isu di Pulau Pinang ini yang perlu kita kongsi antaranya kepentingan rakyat dan bumiputera dalam bidang perumahan, ekonomi, kebajikan, sosial dan alam sekitar. Isu-isu ini…tidak diberi keutamaan langsung (oleh kerajaan negeri pimpinan DAP),” katanya kepada Bernama, di sini.

Perhimpunan Agung UMNO 2016 akan berlangsung pada 29 Nov sehingga 3 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangka lebih 3,200 perwakilan hadir.

Tumpuan turut diberikan kepada persiapan UMNO Pulau Pinang menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Zainal Abidin berkata UMNO Pulau Pinang diwakili Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir bagi membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya (usul agama) dan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk Ir Shaik Hussein Mydin (usul ekonomi).

Ditanya mengenai apa yang diharapkan UMNO Pulau Pinang pada perhimpunan kali ini, beliau berkata pihaknya mengharapkan perhimpunan itu dapat memberi suntikan semangat baharu kepada semua anggota parti untuk memantap dan memperkuat jentera menghadapi PRU14.

Bagi menghadapi pelbagai cabaran termasuk penubuhan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Zainal Abidin menyeru semua anggota parti untuk terus setia dan jujur pada perjuangan parti yang banyak berjasa kepada mereka.

Beliau berkata penubuhan PPBM tidak sama senarionya dengan penubuhan PKR selepas timbalan presiden parti ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan menyifatkan kepimpinan kanan parti serpihan UMNO itu tidak ada sentuhan terus dengan rakyat Pulau Pinang.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin lain tidak ada sentuhan terus dengan rakyat Pulau Pinang. Walaupun PPBM ini ada wakil-wakilnya di Pulau Pinang tetapi gerakan mereka nampak perlahan dan tidak menyerlah di mana-mana kawasan di sini,” katanya.

Menurutnya UMNO Pulau Pinang tidak mengambil ringan perkara itu dan pihaknya berusaha untuk mengembalikan sokongan rakyat di negeri itu terhadap Barisan Nasional (BN) dan usaha itu juga memerlukan sokongan daripada parti-parti komponen BN untuk menarik undi bukan Melayu.

Zainal Abidin berkata walaupun UMNO Pulau Pinang berjaya memenangi kesemua 20 kerusi dipertandingkan, namun tidak mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan tanpa kemenangan kerusi parti komponen seperti Gerakan, MCA, MIC dan PPP.

Justeru, beliau berharap semua parti komponen terus bekerja keras dan lebih agresif dalam membawa isu-isu semasa di Pulau Pinang kepada masyarakat Cina dan India.

“Saya harap orang Cina beri beberapa kerusi kepada Gerakan untuk mereka bersuara di DUN. Kita kena terima hakikat tanpa sokongan orang Cina kita tak boleh tubuh kerajaan. Tapi kalau tak dapat tubuh kerajaan pun kita harap dapat jadi pembangkang yang kuat.

“Pembangkang yang kuat ni maknanya bukan sahaja UMNO jadi pembangkang, Gerakan pun ada kerusi begitu juga MCA dan MIC supaya mereka dapat mewakili suara parti dan juga rakyat Cina dan India Pulau Pinang,” katanya.

UMNO memenangi 10 daripada 40 kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-13. – BERNAMA

Tags: DAPPAU 2016UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd