• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Sekali Lagi Dilanda Banjir Kilat, Tanah Runtuh

oleh Ahmad Albab
07/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Pulau Pinang sekali lagi dilanda banjir kilat dan kejadian tanah runtuh terburuk, seminggu selepas banjir berlaku semasa perayaan Deepavali.

Hujan lebat sejak tengah malam tadi menyebabkan tanah runtuh dan banjir di seluruh negeri dan kawasan yang paling teruk terjejas ialah Teluk Bahang apabila jalan utama menghubungkan kawasan itu dengan pusat bandar ditutup berikutan tanah runtuh.

Keadaan itu bukan sahaja menjejaskan penduduk dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil peperiksaan hari ini, tetapi juga menyebabkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munshi terpaksa ke sekolah menaiki bot berikutan paras air tinggi.

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri, peperiksaan itu tetap berjalan seperti biasa walaupun banjir dan tiada pelajar yang tidak dapat menghadiri peperiksaan berikutan kejadian itu.

Kini, kerja-kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh di Teluk Bahang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan dan jalan itu dijangka kembali pulih menjelang petang.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah ketika ditemui di tempat kejadian menyifatkan ia sebagai satu daripada banjir dan tanah runtuh terburuk dalam sejarah Pulau Pinang, justeru beliau menggesa kerajaan negeri supaya membuat siasatan untuk mengetahui puncanya.

“Daripada apa yang saya dapat lihat, air yang mengalir dari atas kawasan tanah runtuh menuruni bukit dengan cepat dan saya bimbang tanah runtuh ini disebabkan oleh aktiviti di kawasan berbukit itu,” katanya.

Mengenai keretakan di jalan yang dikesan sebelum kejadian tanah runtuh itu, Jabatan Kerja Raya negeri memberi jaminan ia akan dibaik pulih dengan segera.

“Kita boleh lihat isu keretakan ini tidak ditangani dengan betul kerana pihak berkuasa hanya menurap jalan dari bahagian atas, bukan dengan membina cerucuk dalam struktur jalan itu, menyebabkan tanahnya terhakis.

“Kita perlu ingat Teluk Bahang merupakan kawasan pelancongan, dengan jalan yang tidak boleh digunakan, ia semestinya menjejaskan pelancongan dan ekonomi rakyat serta negeri,” kata Shah Headan.

Beliau berkata lapan daripada sembilan kampung di kawasannya dinaiki air, yang mana Kuala Jalan Baru paling teruk terjejas apabila air dicatatkan pada paras pinggang, diikuti Air Putih, Kuala Sungai Pinang, Kampung Teluk Bahang dan Permatang Pasir.

Awal hari ini, beberapa kawasan di George Town dinaiki air pada paras lutut selepas hujan berterusan sejak tengah malam tadi dan menurut laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran, keadaan itu disebabkan hujan lebat dan air pasang. – BERNAMA

Tags: banjir kilattanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd