• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Abduh Harap Perhimpunan Agung UMNO 2016 Berjaya

oleh
30/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAZIMNYA amat sukar untuk menemui pemimpin pembangkang mengambil berat mesyuarat tahunan sesebuah parti lawannya sendiri apatah lagi parti tunjang pemerintah sesebuah negara.

Fenomena ini bukan luar biasa di seluruh dunia waima di negara maju seperti Amerika Syarikat, jangan haraplah pemimpin Republikan bertanya khabar konvensyen tahunan musuh ketatnya, Demokrat dan begitulah sebaliknya.

Namun, sesuatu yang agak unik pada kali ini apabila pemimpin kanan PAS yang juga Ketua Dewan Pemuda parti Islam tersebut, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengambil pendirian agak istimewa terhadap UMNO.

Kicauan menerusi Twitter beliau terhadap Perhimpunan Agung UMNO 2016 mendapat perhatian luar biasa netizen selain pujian pelbagai pihak yang menyifatkan Ahli Majlis Syura Ulama PAS sebagai seorang yang berjiwa besar.

Tahun ini UMNO genap usia 70 tahun dan di sebalik tiada sebarang pemilihan jawatan, perhimpunan parti terbesar umat Melayu itu sebenarnya turut mendapat perhatian banyak pihak termasuk pemimpin luar kerajaan sendiri.

Nik Abduh Harap Perhimpunan Agung UMNO Berjaya

Melalui mesej kicauan tersebut, Nik Mohamad Abduh menulis secara ringkas: “Semoga Perhimpunan Agung UMNO berjaya mencapai matlamat. Semoga kerjasama antara kita demi Melayu dan Islam.”

Tweet Ahli Parlimen Pasir Mas itu sekali gus menggambarkan hubungan erat antara dua parti berkenaan sebagai cukup harmoni meskipun dua organisasi siasah tersebut sering ‘dibadai’ dengan pelbagai cabaran semasa.

Untuk rekod, PAS menerima ‘tamparan’ apabila sekumpulan tokohnya membentuk serpihan disokong DAP iaitu Parti Amanah Negara (PAN) manakala UMNO menyaksikan kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Perhimpunan Agung UMNO yang bermula 29 November dan berakhir 3 Disember turut mencatat sejarah apabila beberapa nama besar parti keramat Melayu tersebut tidak hadir kerana mahu membentuk parti serpihan sendiri.

Hakikatnya, kicauan Nik Mohamad Abduh itu membuka lembaran baharu dalam arena politik tanah air bahawa di sebalik perbezaan fahaman ideologi, kedua-dua parti tetap bersahabat dalam cara tersendiri. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: PASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

PM Anwar Ditegur Buat Kenyataan “Saya Tetap Perdana Menteri”

05/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa pimpinan parti politik menegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa membuat kenyataan yang disifatkan...

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

DAP Tidak Perkauman, Pernah Kerjasama Dengan PAS – Kah Leong

01/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong menegaskan DAP tidak pernah mengaitkan perihal politik dengan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd