• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Dikhuatiri Lemas Ketika Tangkap Ikan

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dikatakan terjatuh ke dalam laut semasa menangkap ikan kira-kira lapan batu nautika dari perairan Sungai Besar dekat sini, Ahad lepas.

Timbalan Pengarah Operasi Wilayah Maritim Selatan Kepten Maritim Saiful Lizan Ibrahim berkata difahamkan mangsa Cheah Kay Ying, 39, keluar ke laut seorang diri pada kira-kira 7 pagi.

“Mangsa dilaporkan keluar ke laut waktu pagi, 30 Okt lepas namun sehingga 9 malam (hari yang sama) tidak pulang ke rumah.

“Abang mangsa kemudian berusaha mencari adiknya sebelum menemui bot mangsa pada kedudukan lapan batu nautika dari perairan Sungai Besar yang sedang bersauh kira-kira 7.30 pagi semalam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Saiful Lizan berkata susulan itu sebuah kapal dan bot ronda Maritim telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk mencari dan menyelamat mangsa.

“Bertindak atas laporan tersebut, kita telah mengaktifkan SAR (mencari dan menyelamat) bermula pagi semalam dengan dibantu beberapa agensi lain termasuk polis dan bomba, namun sehingga kini mangsa masih belum ditemui,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saiful Lizan berkata pihaknya telah menahan lima lelaki warga Indonesia kerana cuba memasuki negara ini secara haram melalui perairan Pulau Ketam, awal pagi tadi.

Katanya, kesemua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berusia lingkungan 25 dan 40 tahun itu ditahan 3.30 pagi bersama sebuah bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka akan diserahkan kepada pihak Imigresen untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – BERNAMA

Tags: mati lemasNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd