• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negeri Sembilan Laksana Pembenihan Awan Esok

oleh AK-47
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Negeri Sembilan akan melaksanakan proses pembenihan awan bermula esok berikutan taburan hujan diterima negeri berkurangan pada tahun ini sehingga kerajaan negeri bercadang melaksanakan catuan bekalan air berkala bermula minggu hadapan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata proses pembenihan awan itu yang telah mendapat kelulusan Jabatan Meteorologi Malaysia, mungkin akan dilaksanakan sebanyak enam kali bergantung kepada jika ada jenis awan yang sesuai pada hari berkenaan.

“Pembenihan awan ini hanya boleh dilakukan jika ada awan yang sesuai iaitu awan komulonimbus yang boleh menjadi hujan. Kawasan utama yang kita minta supaya pembenihan awan dilakukan ialah di kawasan huluan iaitu Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol.

“Ini kerana tiga kawasan ini kurang mendapat taburan hujan pada tahun ini. Negeri Sembilan dijangka mengalami kekeringan kerana kurangnya taburan hujan dan setakat sekarang ini taburan hujan yang kita terima tak sampai 50 peratus daripada jumlah taburan hujan pada tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri, di sini hari ini.

Mohamad berkata berikutan keadaan itu, Sungai Ulu Muar di Kuala Pilah misalnya mengalami kekeringan dan air Empangan Talang terpaksa dilepaskan untuk membolehkan lima Loji Rawatan Air di sepanjang sungai berkenaan dapat beroperasi untuk menampung permintaan domestik.

“Pun begitu kita tak boleh berterusan begitu kerana air Empangan Talang adalah air simpanan kita… kita perlukan hujan. Insya-Allah dengan adanya pembenihan awan itu, kita akan dapat taburan hujan yang banyak dan dapat meningkatkan paras air di sungai utama dan empangan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kali terakhir pembenihan awan dilaksanakan di negeri ini pada dua tahun lepas.

“Walaupun kos untuk melakukan pembenihan awan sangat mahal tetapi kami tiada pilihan kerana jika tidak mendapat taburan hujan yang mencukupi pada 2016, akan berdepan masalah (bekalan air),” katanya.

Ditanya mengenai cadangan catuan air berkala yang akan dilaksanakan terutama di Kuala Pilah, Jempol, Gemas dan Tampin, Mohamad berkata sepatutnya ia dimulakan pada minggu hadapan, namun ditangguhkan.

“Jika program (pembenihan awan) berjaya dan dapat taburan hujan yang baik, kita akan lihat dan kaji semula jadual untuk kita buat catuan berkala ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pembenihan Awan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Kerajaan Lulus RM5 Juta Laksana Operasi Pembenihan Awan Di Kelantan – Ahmad Zahid

Kerajaan Lulus RM5 Juta Laksana Operasi Pembenihan Awan Di Kelantan – Ahmad Zahid

19/06/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kelantan bermula Jumaat hingga Ahad ini bertujuan meningkatkan paras air Sungai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd