• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Myanmar Tembak Rohingya Cuba Lari Ke Bangladesh

oleh Ahmad Albab
17/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YANGON – Ratusan umat Islam Rohingya di barat Myanmar melarikan diri ke Bangladesh dalam usaha mengelak tindakan kejam tentera kerajaan yang sudah meragut lebih 130 nyawa setakat ini.

Malah ada antara mereka yang ditembak oleh pasukan tentera ketika cuba menyeberangi Sungai Naaf di Sittwe yang memisahkan Myanmar dan Bangladesh.

Menurut pihak berkuasa Bangladesh, ada antara pelarian Rohingya yang dihalau oleh pengawal sempadan mereka dan ada yang terkandas di laut.

Pertumpahan darah terkini itu adalah antara yang paling serius sejak beratus-ratus terbunuh dalam pergaduhan etnik di negeri Rakhine, barat Myanmar pada 2012.

Situasi itu mendedahkan kelemahan pentadbiran kerajaan parti di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi yang baru berusia tujuh bulan untuk memantau tindakan tentera.

Tentera juga berlegar di sepanjang kawasan antara Myanmar dan Bangladesh dalam usaha memburu pihak bertanggungjawab melakukan serangan terancang di tiga pos sempadan pada 9 Oktober hingga membunuh sembilan anggota polis.

Menurut diplomat dan petugas bantuan, tentera Myanmar dikatakan menutup daerah yang diduduki majoriti penduduk Rohingya.

Tentera juga menghalang petugas bantuan dan pemerhati bebas serta melakukan aktiviti ‘pembersihan’ di kawasan kampung. – Reuters/BH ONLINE

Tags: MyanmarRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd