• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRT Fasa Pertama Mula Operasi 16 Disember 2017

oleh AK-47
15/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Fasa pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai Buloh – Kajang (SBK) bakal memulakan operasinya pada 16 Disember tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pencapaian itu sesuatu yang membanggakan kerana ia berjaya memenuhi syarat jadual dan lingkungan bajet yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini bukan sahaja merupakan pencapaian yang membanggakan, tetapi membuktikan kepentingan yang diberikan dalam memastikan keperluan rakyat diutamakan, mengatasi segala kepentingan yang lain.

“Dengan pelaksanaan projek MRT ini juga, selain daripada memantapkan lagi pengangkutan awam darat di negara ini, ia akan turut membuka peluang perniagaan yang baru sekali gus akan meletakkan imej Kuala Lumpur sebaris dengan bandar raya utama di dunia. Tambang MRT Laluan 1 ini telah pun dipertimbang dan diluluskan oleh Kabinet dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat oleh Prasarana iaitu pengendali perkhidmatan MRT ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

“Ini bukan sahaja merupakan pencapaian yang membanggakan, tetapi juga membuktikan kepentingan yang diberikan dalam memastikan keperluan rakyat diutamakan, mengatasi segala kepentingan yang lain,” kata Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Nancy memaklumkan, sebanyak 120 buah bas perantara akan disediakan melalui 26 laluan di sekitar 12 stesen yang akan beroperasi untuk fasa satu iaitu dari stesen Sungai Buloh hingga Stesen Semantan.

“Secara umumnya, projek itu bukan sahaja membantu penghuni di Kuala Lumpur dari segi pengangkutan awam darat, malah dari segi peningkatan nilai hartanah yang begitu ketara terutamanya di kawasan yang terdapat stesen MRT,” katanya.

Katanya, kira-kira 400,000 orang dianggarkan akan menggunakan perkhidmatan SBK sebaik sahaja laluan SBK mula beroperasi sepenuhnya pada Julai 2017.

“Di samping itu, apabila laluan MRT Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) mula beroperasi pada tahun 2022, dianggarkan 529,000 pengguna akan menggunakan laluan tersebut setiap hari,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Nancy ShukriMRT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd