• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mia Sara Kurangkan Aktiviti Seni, Fokus UPSR Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
27/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON kanak-kanak, Mia Sara bakal mengurangkan aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap pelajarannya tahun depan.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, berkata, dia ingin memberi fokus utama terhadap peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal didudukinya.

“Tahun ini agak sibuk dengan kerja, selain promosi tudung, saya juga banyak terlibat dengan sesi fotografi dan promosi produk makanan tambahan Caliph Supplement for Kids.

“Insya-Allah tahun depan saya berehat sekejap daripada kerjaya seni atau mengurangkan sedikit jadual kerja lain untuk beri perhatian kepada pelajaran.

“Kalau boleh saya mahu menjadi seorang artis yang menjadi contoh kepada masyarakat bukan sahaja dalam bidang seni dan perniagaan, malah juga pelajaran,” ujarnya kepada mStar Online.

Mia Sara Kurangkan Aktiviti Seni, Fokus UPSR Tahun Depan
Mia Sara bersama pengarah Urusan Raffelinna Sdn Bhd Muhammad Rafi’e Ramli dan Pengasas Didi & Friends, Sinan Ismail.

Mia ditemui pada majlis kolaborasi Caliph dan DD & Friends yang diadakan baru-baru ini.

Katanya, buat masa ini, dia menolak tawaran lakonan drama bersiri yang memerlukan komitmen yang panjang.

“Bila ada penggambaran terlalu panjang saya perlu ponteng sekolah dan ambil tuisyen untuk ulang kaji semula apa yang tertinggal,” ujarnya.

Selain itu, dalam perkembangan perniagaan, Mia yang sudah memiliki jenama tudung Mia Sara Couture ini bakal mengeluarkan koleksi baharu tudung dan peralatan sekolah sempena tahun baharu akan datang.

“Perniagaan tudung masih berjalan seperti biasa dan saya bakal lancarkan koleksi untuk pakaian sekolah juga sempena tahun baru yang bakal tiba tidak lama lagi,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Mia SarapelakonUPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd