• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maybank Taja 400 Wanita Pengusaha Tenunan Di Indonesia

oleh AK-47
02/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOMBOK – Yayasan Maybank menaja 400 wanita Malaysia untuk mengikuti latihan tenunan kain tradisional di Lombok dan Sumatera Barat sebagai usaha membantu kaum wanita keluar daripada kelompok kemiskinan.

Menerusi program yang dikenali sebagai ‘Penenun Eko Wanita Maybank’ itu, Yayasan Maybank menaja pusat tenunan kain di kawasan luar bandar bagi menyediakan satu skim latihan intensif selama beberapa bulan kepada wanita terlibat.

Pengerusi Kumpulan Maybank dan Yayasannya, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, berkata program selama tiga tahun itu bermula di Kemboja tahun lalu sebelum diperluaskan ke Indonesia tahun ini.

Katanya, seramai 400 wanita Malaysia akan diberi latihan tenunan di empat kawasan, iaitu Lombok Tengah dan Lombok Timur di Nusa Tenggara Barat serta Sawahlunto dan Tanah Datar di Sumatera Barat.

“Latihan yang akan diberi termasuk teknik dan pengetahuan mengenai tenunan, proses pewarna semula jadi, pemasaran, promosi dan kewangan dan kita juga akan menyediakan sokongan modal dari segi pembiayaan mikro kepada pelatih untuk membolehkan mereka berdikari,” katanya ketika melancarkan program itu di Mataram, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Indonesia, Taswin Zakaria dan CEO Yayasan Maybank, Shahril Azuar Jimin.

Sementara itu, Shahril Azuar berkata, pihaknya merancang untuk melancarkan program itu di Laos tahun depan dan di semua negara ASEAN dalam masa tiga tahun.

Katanya, Yayasan Maybank memperuntukkan sebanyak RM800,000 untuk program tanggungjawab sosial korporat bagi menjayakan pelbagai program membantu golongan kurang bernasib baik dan miskin supaya dapat berdikari. – BERNAMA

Tags: tajaanTenunan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2017 Jadi Tahun Lebih Baik Untuk Malaysia – Pakar Ekonomi

Next Post

PTPTN Sasar Tingkat Kutipan Melalui Online, Direct Debit

Related Posts

Bangga Menjadi Penenun Termuda Di Galeri Tenun Johor

06/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Melibatkan diri dalam seni warisan tenun ketika manjalankan latihan praktikal telah mengubah persepsi Nurul Ain Syamira Zainordi...

Terengganu Sedia Taja Tangan Palsu Untuk Adik Khumaira

14/07/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri sedia menaja kos rawatan Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, untuk mendapatkan tangan palsu agar kanak-kanak...

Next Post

PTPTN Sasar Tingkat Kutipan Melalui Online, Direct Debit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd