• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Sedia Taja Tangan Palsu Untuk Adik Khumaira

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri sedia menaja kos rawatan Nur Zulaikha Khumaira Zulkifli, 7, untuk mendapatkan tangan palsu agar kanak-kanak itu dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata beliau akan melawat kanak-kanak itu dalam masa terdekat.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu adik Khumaira meneruskan kehidupan seperti biasa. Diharapkan juga agar adik Khumaira dan keluarga tabah serta cekal menerima dugaan yang berat ini,” katanya menerusi catatan laman sosial Facebook beliau hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam semalam, mangsa putus lengan kiri selepas bajunya tersangkut pada rim motosikal ketika membonceng motosikal yang ditunggang kakak sepupunya, Noor Aina Hananie Razalie, 18, untuk ke rumah penghulu kampung bagi mendapatkan cop pengesahan permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Terengganu (YT).

Kemalangan di Kampung Binjai Bongkok dekat Marang itu menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang simpati dengan nasib malang kanak-kanak tersebut.

Nur Zulaikha Khumaira kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Semalam, ketika ditemui Bernama, bapa kanak-kanak itu, Zulkifli Mohamad, 38, melahirkan kebimbangan ekoran keputusan awal doktor yang menyatakan kemungkinan anaknya tidak dapat menggunakan tangan palsu berikutan kecederaan yang dialaminya. – BERNAMA

Tags: Dr Ahmad Samsuri Mokhtarkanak-kanaktajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd