• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Warga Malaysia Dalam Longkang Di Medan

oleh AK-47
19/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Polis Indonesia menemui mayat seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia dalam sebuah longkang di Desa Liberia, Teluk Mengkudu di daerah Serdang, kira-kira 50 kilometer dari Medan, semalam.

Menurut laporan portal berita, medansatu.com, polis mengesyaki mayat itu adalah rakyat Malaysia berdasarkan cebisan tiket pesawat yang ditemui dalam poket seluarnya.

Tiket pesawat Penerbangan Malaysia (MAB) itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kualanamu, Medan, bertarikh 14 November lepas.

Jurucakap polis Seksyen Teluk Mengkudu dipetik sebagai berkata, selain cebisan tiket itu polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan dengan pihak MAB mengesahkan berdasarkan tiket itu, penumpang warga emas berasal dar Selangor.

Polis kemudiannya menghubungi Pejabat Imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Kualanamu yang mengesahkan lelaki itu memasuki Medan pada pukul 7 malam, Isnin lepas.

Polis berkata, terdapat kecederaan kesan seretan pada bahagian muka dan badan mayat itu yang kini ditempatkan di Hospital Bhayangkara Polis Sumatera Utara di Medan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi berkata, pihak Konsulat Jenaral Malaysia di Medan telah diminta untuk membantu dan bekerjasama bagi mengenal pasti mangsa.

“Kita masih belum dapat mengesahkan warganegara mangsa. Jika benar rakyat Malaysia kita akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd