• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysiakini Diserbu SKMM, Dua Komputer Dirampas

oleh AK-47
09/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini melakukan serbuan mengejut di pejabat portal berita Malaysiakini, di sini, sebentar tadi.

Serbuan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu melibatkan sekurang-kurangnya enam pegawai SKMM dan diketuai oleh timbalan pengarah unit penguatkuasaan dan penyiasatan, Akmal Hamdy Baharudin.

Berdasarkan sumber dalaman Malaysiakini, tindakan SKMM itu bagi menjalankan siasatan berhubung dua laporan berita video yang dimuat naik oleh Kinitv, iaitu anak syarikat Malaysiakini.

Laporan dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu berkisar mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Dalam laporan itu, Khairuddin membidas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dan menuntutnya meletak jawatan kerana enggan membuat pendakwaan dalam kes 1MDB.

Sebelum ini, SKMM mengarahkan Kinitv mengeluarkan laporan berkenaan kerana didakwa melanggar Akta Multimedia dan Komunikasi.

Malaysiakini Diserbu SKMM, Dua Komputer Dirampas

Malaysiakini Diserbu SKMM, Dua Komputer Dirampas

Malaysiakini Diserbu SKMM, Dua Komputer Dirampas

Malaysiakini Diserbu SKMM, Dua Komputer Dirampas

Malaysiakini Diserbu SKMM, Dua Komputer Dirampas

Video laporan tersebut dilaporkan melanggar Seksyen 233 akta berkenaan iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Kinitv kemudian bertindak memadamkan perkataan ‘haprak’ yang digunakan oleh Khairuddin untuk menggambarkan AG.

SKMM turut mengambil kenyataan berhubung serangan kumpulan Baju Merah yang dipimpin Datuk Seri Jamal Md Yunos pada Sabtu kelmarin.

Dua unit komputer riba turut dirampas bagi menjalankan siasatan terperinci. - MYNEWSHUB.CC

Tags: MalaysiakiniPeguam NegaraSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd