Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Kes Jong-nam, Malaysia Tak...

TAWAU - Negara ketiga tidak diperlukan dalam proses Malaysia menyelesaikan isu pembunuhan abang...

Taman Air Bukit Merah...

BAGAN SERAI - Taman air di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini...

Lagu Banyak ‘Dislike’,Aliff Cuba...

SEDIH apabila video lagu Abang Nak Tegur menerima 240,823 dislike berbanding 31,948 'likes'...

Polis Besut Tahan Dua...

BESUT - Polis menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah di dua lokasi berbeza...

Mahkamah: Dua Lelaki Didakwa Cuba Sertai Daesh Di Syria

KANGAR – Seorang pembantu jurukimpal dan seorang juruteknik kilang didakwa di Mahkamah Majistret Kangar hari ini kerana cuba menyertai gerakan militan Daesh di Syria baru-baru ini.

Zufadli Jafri, 24, dari Kampung Bakam, Miri, dan Mohd Ridwan Mohd Musa, 29, dari Parit Bengkok, Grisek, Tangkak, menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 511 akta sama.

Pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah, yang menetapkan kes itu disebut semula pada 5 Jan tahun depan sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, Zufadli dan Mohd Ridwan menaiki kereta api di Stesen Keretapi Padang Besar pada 2.46 petang, 23 Okt lepas menuju ke Bangkok dan kemudian menaiki pesawat Gulf Air ke Turki sebelum pergi ke Syria.

Pertuduhan itu menyebut dalam percubaan tersebut “kamu telahpun sampai di Turki bagi maksud melakukan suatu perbuatan pengganas di Syria.”


Timbalan Pendakwa Raya dari Putrajaya, Muhammad Fadzlan Mohd Noor, menjalankan pendakwaan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Laporan media yang memetik kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 Nov lepas menyebut Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Bukit Aman menahan dua lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba dari Turki pada 30 Okt.

Kedua-dua suspek direkrut oleh pengganas yang dikehendaki pihak berkuasa, Mohammad Wanndy Mohamad Jedi, 26, bagi tujuan melaksanakan gerakan membunuh pemimpin negara dan kepimpinan tertinggi polis negara ini.

Mohammad Wanndy juga dipercayai menyelaras rancangan membawa masuk kedua-dua suspek ke Syria namun mereka ditahan pihak berkuasa Turki sejurus mendarat di Istanbul dan diusir pulang keesokannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori