• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Cakap Apa Yang Dia Tak Buat – Nik Abduh

oleh AK-47
14/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana seringkali dilihat mengeluarkan kenyataan bertentangan semasa memerintah negara suatu ketika dahulu.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan supaya pemimpin berusia 91 tahun itu kembali kepada agama daripada mengambil tahu hal politik negara.

“Saya dah kata dari dulu Tun Mahathir ini lebih baik kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah dan banyak belajar ilmu agama. Itu lebih baik daripada dia ulangi politik yang sama. Bagi saya dia hanya mengulang apa yang dia tak pernah buat masa dia ada kuasa,ia hanya menyusahkan.

“Komen yang diberikan oleh Tun Mahathir, hanya komen ikut suka…iyalah, orang tua…Saya ingat lagi, Tun Mahathir yang sekat royalti Kelantan, kini nak beri royalti. Dia juga penjarakan (Datuk Seri) Anwar, dia nak keluarkan Anwar. Masa dia ada kuasa dia tak buat, dia tak ada kuasa dia sebut macam-macam,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa tindakan PAS untuk tidak menyertai Pakatan Harapan bermakna mereka sudah menerima “dedak” daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tambah Nik Mohamad Abduh, pihaknya juga tidak pasti sejauh mana keikhlasan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan Tun Mahathir itu untuk menjemput Pas bekerjasama.

“Saya sendiri tidak tahu PPBM ini serius atau tak hendak bergabung, tengok kenyataan pertama nampak serius, kenyataan kedua tak serius. Jadi saya tidak mahu komen.

“PAS sentiasa berhati-hati dengan Pakatan Harapan dan memang tiada keputusan untuk bersama mereka,” katanya.

Beliau turut mengakui politik yang dibawa Tun Mahathir pada hari ini jelas menunjukkan ketidakselesaan pada golongan muda.

“Anak muda hari ini tidak selesa dengan politik Malaysia yang semakin terumbang-ambing dengan para pemimpin. Patut, jawatan Perdana Menteri itu bagi pada orang muda, senang,” katanya. – Agenda Daily

Tags: PASPPBMTun Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

Gabungan Nasionalis Cadangkan Perkongsian Kuasa UMNO-PAS Mengikut Negeri

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mencadangkan formula perkongsian kuasa antara PAS dan UMNO sebagai langkah merealisasikan penyatuan...

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd