Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Guna Anjing Pengesan Jejak...

GERIK - Pasukan Bomba dan Penyelamat Gerik akan menggunakan khidmat anjing pengesan K9...

Najib Hadir Solat Jumaat...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai jemaah...

Jutawan Fesyen Mahu Bawa...

TOKYO - Jutawan Jepun, Yusaku Maezawa sedang mencari seorang wanita untuk bersamanya melancong...

Presiden UIAM Baharu Akan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan telah mengemukakan cadangan beberapa nama bagi mengisi jawatan...

Lelaki Didakwa Perdagang 4 Wanita Thailand Untuk Seks

KUALA LUMPUR – Seorang penjaga kaunter spa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap empat pertuduhan memperdagang wanita Thailand untuk eksploitasi seks.

Ng Wooi Han, 35, didakwa memperdagang wanita berusia 35 hingga 40 tahun dengan maksud eksploitasi seks di sebuah spa di Jalan Yew, Brickfields, di sini, pada 8.40 malam, 2 November lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 15 tahun atau boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shahida Wan Omar tidak menawarkan sebarang jaminan tetapi Ng yang diwakili peguam Mohd Shamril Afzan Mohd Hasim merayu supaya dibenarkan ikat jamin dengan alasan dia perlu bekerja untuk menyara keluarga.

Hakim Allaudeen Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan lima hari bermula 1 Dis untuk perbicaraan kes itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori