Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Mahathir-Anwar Hanya Memakan...

KUALA LUMPUR - Dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya bekas ketua pembangkang Datuk...

Mufti Mahu Pengaruh Negatif...

MIRI - Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di Sarawak perlu agresif dalam...

‘Datuk’ Didakwa Perdaya Bayaran...

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk’ didakwa di Mahkamah...

Gangguan Seksual: Polis Akan...

PETALING JAYA: Polis akan memanggil semua pihak berkaitan termasuk jurulatih ‘dodgeball’ yang didakwa...

Lelaki 49 Tahun Mangsa Kerat Di Tangkak

TANGKAK – Mangsa pembunuhan kejam, yang badannya dikerat kepada beberapa bahagian di Kampung Kesang Laut di sini Ahad lepas, merupakan seorang lelaki berusia 49 tahun.

Baca: Mayat Remaja Lelaki Dikerat Dijumpai Di Tangkak

Ketua Polis Daerah Tangkak, Supt. Mohad Idris Samsuri berkata Omar Miskam, yang berasal dari Panchor, Muar, sudah beristeri dan bekerja sebagai pemandu jengkaut di sekitar Kesang Laut.

“Kita percaya mangsa terlebih dahulu ditetak pada bahagian kepalanya sebelum badannya dikerat.

“Hasil daripada bedah siasat juga mendapati mangsa dikerat lebih sepuluh bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen dan beberapa anggota badan lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Lelaki 49 Tahun Mangsa Kerat Di Tangkak

Beliau berkata polis turut menahan dua lagi suspek iaitu seorang wanita berusia 56 tahun dan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun, dengan mereka direman selama seminggu sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan.


Ahad lepas, polis menemukan lima bungkusan plastik hitam berisi keratan anggota badan manusia yang disorok dalam longkang di Kampung Kesang Laut, dengan bahagian kepalanya ditemui tidak jauh daripada lokasi itu.

Lagi: Kerat Mayat 10 Bahagian: Remaja OKU Direman

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan polis kira-kira sejam selepas penemuan itu.

Pada Isnin, Mahkamah Majistret Tangkak mengarahkan remaja itu, yang juga orang kurang upaya yang mengalami masalah ketidakupayaan pembelajaran, ditahan reman sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori