• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1,000 Pemegang Kad Kredit Diisytihar Muflis

oleh Ahmad Albab
24/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 1,022 pemegang kad kredit diisytiharkan muflis disebabkan kegagalan menyelesaikan hutang kad itu bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini, jumlah itu mewakili 0.03 peratus daripada 3.6 juta pemegang kad kredit utama di negara ini.

Justeru, beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan beberapa syarat pengeluaran kad kredit untuk memastikan hanya mereka yang layak dan berkemampuan sahaja diberi kemudahan kad kredit.

“Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit dinaikkan daripada RM18,000 setahun kepada RM24,000 sejak 17 Mac 2011.

“Pemegang kad kredit yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja serta mempunyai had maksimum kredit tidak melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan,” katanya.

Othman berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Dr Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) berhubung bilangan pemegang kad kredit yang diisytiharkan muflis.

Katanya, menerusi Garis Panduan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab, institusi kewangan dikehendaki memastikan pinjaman diberi berdasarkan kepada kemampuan individu untuk membayar semula pinjaman tanpa dibelenggu bebanan hutang melampau.

“Bank juga tidak lagi membenarkan pembiayaan berdasarkan pra-kelulusan termasuk untuk pembiayaan kad kredit,” katanya. – BERNAMA

Tags: kad kreditmuflis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis – KP MDI

Ops Sky: Ramai Penjawat Awam Bakal Berstatus Muflis – KP MDI

08/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Lebih ramai penjawat awam bakal tersenarai dalam status bankrap selepas satu sindiket perundingan kewangan ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd