• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPWKM Bincang Wujudkan Akta Kesaksamaan Gender

oleh Ahmad Albab
03/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi menggubal undang-undang khusus untuk menangani diskriminasi terhadap wanita dalam semua sektor pekerjaan di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata proses perbincangan akan melalui pelbagai peringkat sebelum undang-undang yang mantap berjaya diwujudkan.

“Sekarang di pihak kementerian bersama dengan ahli-ahli Parlimen wanita sedang dalam perbincangan bagi menggubal Akta Kesaksamaan Gender, di mana akta ini akan memberi kaum wanita hak yang sama dengan kaum lelaki.

“Perbincangan itu juga akan melibatkan badan-badan bukan kerajaan serta pihak pembangkang kerana akta ini untuk semua orang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival UM-JCorp 2016: Membina Budaya Dinamik dan Keusahawanan di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Rohani berkata pihaknya turut terbuka serta mengalu-alukan pandangan dan pendapat daripada orang ramai berhubung penggubalan akta tersebut dan berharap ia dapat dilaksanakan segera bagi menghentikan diskriminasi terhadap wanita.

Semalam, Rohani dipetik sebagai berkata kementeriannya menimbang kemungkinan menggubal undang-undang khusus bagi menangani diskriminasi terhadap wanita di negara ini, baik dalam sektor awam atau swasta.

Sementara itu, Johor Corporation (JCorp) bekerjasama dengan UM bagi menganjurkan Karnival UM-JCorp 2016: Membina Budaya Dinamik dan Keusahawanan yang berlangsung mulai semalam.

Karnival selama dua hari itu menjadi platform bagi Johor Corporation dan syarikat dalam kumpulannya untuk memperkenalkan produk serta perkhidmatan berkaitan pendidikan, kesihatan dan keusahawanan kepada masyarakat khususnya generasi muda.

Program itu juga mampu mencetuskan minat pelajar serta penuntut institusi pengajian tinggi dalam aspek berkaitan pengurusan kewangan dan keusahawanan seterusnya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan mereka.

Selain itu, turut berlangsung pelaksanaan program ‘Books for Asia’ yang melibatkan kerjasama The Asia Foundation, UM dan Johor Corporation, yang mana Johor Corporation telah mengedarkan 5,000 naskhah buku secara percuma kepada 380 sekolah seluruh Malaysia melalui program tersebut.

Pengedaran buku itu bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan masyarakat di peringkat akar umbi serta meningkatkan pengetahuan pelajar.

Turut hadir Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Presiden Johor Corporation Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim. – BERNAMA

Tags: Rohani Abdul Karim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Kemudahan Perumahan & Persekitaran

11/07/2017
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu meningkatkan keperluan perumahan dan persekitaran selesa bagi mencapai indeks kesejahteraan keluarga yang lebih baik, kata...

Warga Emas Mungkin Boleh Kerja Selepas Usia 60 Tahun

08/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia mengkaji mekanisme bagi membolehkan warga emas terus aktif dalam alam pekerjaan selepas menjangkaui umur 60...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd