• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Lebih Tinggi Jika Tangguh Projek Tebatan Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan mungkin terpaksa menanggung beban kewangan lebih besar bagi melaksanakan projek tebatan banjir di seluruh negara pada masa akan datang, jika tidak dilaksanakan sekarang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata mengikut kajian, selaras perubahan iklim, kos yang diperlukan untuk tebatan banjir seluruh negara setakat ini ialah RM40 bilion.

“Kalau kita ‘delay’ (tangguh) jika tiada sumber kewangan mencukupi, kita kena tambah peruntukan mungkin sehingga RM60 bilion (pada masa akan datang),” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 bagi kementeriannya.

Katanya kementerian, melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, telah meluluskan sebanyak RM377 juta tahun ini untuk projek rancangan tebatan banjir di Sabah dalam ‘rolling plan 1’ Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Katanya, dalam ‘rolling plan’ yang sama sebanyak RM300 juta pula telah diluluskan bagi pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok fasa 1 dan RM572 juta untuk PLSB Sungai Kelantan fasa 1 yang turut mengandungi komponen tebatan banjir dan pengerukan muara sungai selain struktur perlindungan pantai.

Wan Junaidi berkata RM150 juta pula diluluskan dalam ‘rolling plan 2’ RMK11 bagi projek tebatan banjir dan pelaksanaan kerja-kerja PLSB Sungai Pinang di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, katanya kajian semula terhadap reka bentuk terdahulu perlu dijalankan untuk mengambil kira pembangunan dan perubahan guna tanah yang pesat di sebelah hulu Sungai Pinang.

“Kementerian akan mempertimbangkan cadangan daripada beberapa anggota Parlimen bagi mewujudkan satu model ‘Trust’ yang boleh dimasukkan satu skop sumber asli untuk mempertahankan tanah, sumber air dan juga kawasan tadahan air.

“Kementerian sentiasa merangka dan mengkaji mekanisme baharu yang boleh dilaksanakan untuk menambah baik pengurusan sumber asli dan alam sekitar negara terutamanya dalam mengurus kawasan yang mempunyai kepentingan ekologi dan biodiversiti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd