• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Digesa Henti Jual Tanah P.Pinang Kepada Pemaju

oleh Ahmad Albab
19/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Tindakan kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah secara berleluasa boleh menyebabkan tanah yang diduduki penduduk di negeri ini tergadai, kata ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008, kerajaan negeri telah menjual sejumlah besar tanah miliknya.

Dr Hilmi berkata tindakan itu langsung tidak menjaga kepentingan rakyat yang akan terbeban apabila sesuatu projek pembangunan yang dilaksanakan dijual dengan harga yang di luar kemampuan mereka.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjualan 49 peratus tanah hak milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kepada anak syarikat Ideal Properties, Q Island Development.

Secara tidak langsung, kerajaan negeri telah hilang sepenuhnya pemilikan terhadap Pulau Jerejak berikutan tindakan itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kemas4u Semarak Desa di sini hari ini.

Dr Hilmi yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan negeri sepatutnya membangunkan sendiri kawasan tanah miliknya atau bekerjasama dengan pihak swasta bagi menjana ekonomi negeri serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Dengan mengekalkan hak milik tanah, kerajaan negeri boleh mengawal harga tanah supaya tidak dinaikkan di samping penduduk tempatan boleh menikmati manfaat yang berterusan,” katanya.

Menurutnya, harga tanah yang telah dijual kepada para pemaju hartanah itu akan naik akibat faktor spekulasi dan mereka kemudiannya akan menjual projek hartanah ini dengan harga yang mahal.

“Kerajaan Barisan Nasional dulu tidak membuat demikian kerana ingin menjaga masa depan penduduk negeri supaya anak-anak, cucu-cucu mereka masih dapat memiliki rumah sendiri. Dalam hal ini, kerajaan negeri sekarang nampaknya tidak proaktif dan tidak mesra rakyat,” katanya.

Katanya semasa kerajaan Barisan Nasional mentadbir negeri ini, kerajaan negeri memiliki lebih 2,000 hektar tanah namun sekarang sudah hampir habis dijual kepada pemaju untuk membangunkan pelbagai projek.

UDA Holdings, dalam satu kenyataan pada 8 Nov, mengesahkan mengadakan usaha sama dengan Q Island Development dalam projek itu, yang dijangka siap dalam masa lapan hingga 10 tahun. Jumlah kos tidak ditentukan.

Menurut UDA, pelan pembangunan semula pulau itu telah diluluskan kerajaan negeri. Empat hotel bertaraf lima bintang, 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5km akan dibina di pulau itu bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: Kerajaan Pulau PinangTanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd