• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Polister & Tekstil Cemar Alam Didenda RM60,000

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebuah kilang pengeluar polister dan tekstil di Kawasan Industri Nilai dekat sini, didenda RM60,000 atas dua pertuduhan kerana melepaskan efluen perindustrian melebihi had ditetapkan di Mahkamah Sesyen Seremban, Khamis lepas.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata Pengurus Kilang Recron Malaysia Sdn Bhd, Lim Seng Hian yang mewakili kilang itu membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim N. Kanageswari selepas pertuduhan dibacakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di PT 1886, Kawasan Industri Nilai, Nilai, pada 7 malam 24 Feb lalu.

Bagi pertuduhan pertama, kilang itu didakwa melepaskan efluen perindustrian melebihi kepekatan yang ditentukan di bawah Peraturan 11(1)(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Pertuduhan kedua pula mendakwa kilang tersebut melepaskan efluen perindustrian ke perairan daratan dengan kandungan melebihi kepekatan yang ditentukan di bawah Peraturan 12(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Mahkamah menetapkan denda RM30,000 bagi setiap kesalahan dan kilang berkenaan membayar denda yang disebutkan pada hari yang sama.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri, Abdul Razak Yasin. – BERNAMA

Tags: dendakilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd