• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama UMNO-PAS Demi Perpaduan Melayu-Islam

oleh
20/11/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah mewujudkan kerjasama politik antara UMNO dan PAS perlu dilaksanakan dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam di negara ini, kata seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata atas dasar itu UMNO secara ikhlas, berani dan jujur sedia bekerjasama demi menegakkan tuntutan agama.

“Perkara ini seharusnya melangkaui dimensi politik dan perlu dilaksanakan demi membawa kebaikan seiring rasa takwa kita sebagai umat Islam.

“Usul ini akan dibawa sebagai agenda utama untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO nanti,” katanya ketika menjadi speaker sesi ketiga: Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung di sini mulai 29 November hingga 3 Disember depan.

Jamil Khir berkata usaha memperkasa perpaduan Melayu-Islam merupakan satu daripada empat teras utama yang diberi penekanan pada konvensyen kali ini.

Tambahnya tiga teras lain termasuk mengangkat gagasan peradaban Islam model Malaysia, memperkasa institusi dan agensi Islam serta mengangkat kualiti pendidikan Islam. – BERNAMA

Tags: islamMelayuPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

“Ikhlas Apa? DAP Belasah Setiap Isu Yang BN Bangkitkan” – Hafiz Ariffin

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin mempersoalkan dakwaan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching yang menyatakan DAP ikhlas...

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd