• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama Politik UMNO, PAS Perlu Dilaksana

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa anggota Parlimen hari ini berpendapat kerjasama politik antara UMNO dan PAS dalam memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam perlu dilaksanakan demi kesejahteraan umat Islam.

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkata walaupun PAS mempunyai dasar perjuangan tersendiri, pihaknya sentiasa terbuka dan rasional dalam soal kerjasama dengan UMNO terutama melibatkan kepentingan umat Islam.

“Saya rasa perkara ini sudah lama dilontarkan. Kami tidak ada masalah dalam hal ini khususnya untuk mengekalkan kuasa Islam dalam negara.

“Bagi saya kuasa Islam mesti dipertahankan oleh setiap umatnya,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung kerjasama itu ketika menjadi speaker Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, semalam.

Jamil yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerjasama sedemikian adalah dituntut malah disebut di dalam al-Quran bagi memastikan survival umat Islam secara keseluruhannya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula menyerahkan perkara tersebut kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti untuk tindakan selanjutnya.

“Bagi saya tidak ada ruang untuk PAS ambil jalan bersendirian untuk menegakkan agama,” katanya.

Datuk Azizah Mohd Dun (BN-Beaufort) pula mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama demi kepentingan rakyat, namun kedua-dua pihak perlu berusaha untuk merealisasikan perkara itu.

“Kita mahu bawa pembangunan kepada rakyat. Maka kita perlukan negara yang stabil dengan rakyatnya bersatu padu dan tidak terlalu mementingkan politik,” katanya. – BERNAMA

Tags: PASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

Abdul Hadi Dakwa Kerajaan Takut, PAS Akan Cabar Pembatalan PN Di Mahkamah

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), yang disifatkannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd