• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan & Swasta Perlu Kerjasama Bidang Pendidikan

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dan sektor swasta perlu mempertingkat kerjasama agar lebih banyak inisiatif program bermanfaat dapat dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata, program seumpama itu mampu memberi impak positif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan pelajar negara ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program anugerah tahunan sekolah peringkat kebangsaan anjuran Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) dan Kementerian Pendidikan di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia Saw Chooi Lee.

Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Merlimau, Melaka dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Jalan Peel, di sini, masing-masing muncul juara program Anugerah 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) bagi kategori sekolah rendah dan sekolah menengah dan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan sijil.

Program itu terbuka kepada semua sekolah seluruh negara bertujuan mendidik dan mengiktiraf usaha memperbaiki, meliputi tiga aspek utama iaitu kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

Majlis itu turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Projek Khas 3C (Cabaran, Cergas, Ceria), program yang diilhamkan daripada kempen kesedaran kesihatan Drink.Move.BeStrong Dutch Lady Malaysia yang menekankan kepentingan susu dalam diet yang sihat.

Kesemua pemenang Projek Khas 3C kategori sekolah rendah dan sekolah menengah itu membawa pulang satu set peralatan sukan bernilai RM1,000.

Sementara itu, Sarawak memenangi Anugerah Pegawai Pendidikan Negeri sebagai mengiktiraf usaha negeri itu mempromosikan Anugerah 3K. – BERNAMA

Tags: Kerajaanswasta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd