• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Kes Polis Tak Beri Maklumat Pengganas 6 Dis

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis wanita yang didakwa tidak memberikan sebarang maklumat berkaitan kumpulan pengganas kepada pihak berkuasa akan mengetahui nasibnya pada 6 Dis ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan hujahan bertulis pada akhir kes pembelaan di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Koperal Jusninawati Abdul Gani, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja tidak memberi sebarang maklumat berkenaan kesalahan yang dipercayai perbuatan keganasan di pejabat IPD itu antara Ogos 2015 dan Mac 2016.

Polis wanita itu dituduh mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala tertuduh diwakili peguam Nik Zarith Nik Moustpha. – BERNAMA

Tags: pengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd