• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa Kerat Di Tangkak Reda

oleh
10/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – “Kami sekeluarga reda dengan apa berlaku dan kini uruskan jenazah adik saya dahulu,” kata abang mangsa bunuh yang mayatnya dikerat dalam kejadian di Tangkak, Johor, Ahad lepas.

Darus Miskam, 65, berkata pada Isnin lepas, beliau diminta pihak polis hadir ke Jabatan Forensik, Hospital Melaka di sini, bagi membuat pengecaman dan melakukan ujian DNA untuk mengesahkan identiti adiknya, Omar Miskam, 49.

Beliau berkata keluarganya mula mengesyaki sesuatu berlaku terhadap adik kelima daripada lapan beradik itu apabila disedari menghilangkan diri sejak 12 hari lepas sebelum mengetahuinya melalui media.

“Keluarga berasa tidak sedap hati dengan kehilangannya. Saya kemudian menghubungi pihak polis selepas berita penemuan mayat bagi mengesahkan sama ada mangsa adik saya atau tidak, dan mereka meminta kami pergi ke Hospital Melaka untuk membuat pengecaman.

“Ujian DNA terpaksa dilakukan kerana mayat dalam keadaan tidak sempurna dan ujian itu menggunakan sampel DNA saya dan adik lelaki. Isteri (mangsa) turut bantu membuat pengecaman,” kata pesara Jabatan Patologi Hospital Tangkak itu, kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Melaka hari ini.

Kira-kira 10 anggota keluarga mangsa hadir pada 3 petang di Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi menuntut mayat Omar, yang berasal dari Kampung Sungai Alai Panchor, Muar, untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Panchor.

Keluarga Mangsa Kerat Di Tangkak Reda
Gambar Omar Miskam, 49 mangsa bunuh yang mayatnya dikerat dalam kejadian di Tangkak, Johor, Ahad lepas.

Polis menahan dua suspek, iaitu wanita berusia 56 tahun dan remaja lelaki berusia 19 tahun. Kedua-dua mereka direman selama seminggu sehingga 13 November ini bagi membantu siasatan.

Semalam, polis mengenal pasti identiti mangsa iaitu Omar merupakan seorang pemandu jengkaut dan mempunyai seorang isteri, dibunuh kejam selepas anggota badannya dikerat kepada beberapa bahagian di Jalan Kesang Laut, Tangkak.

Darus berkata pada mulanya, beliau tidak menyangka mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna adalah adiknya kerana sebelum ini, beliau hanya melihat mayat orang lain dengan pekerjaannya dalam bidang kesihatan.

“Sebelum ini saya hanya lihat mayat orang lain. Saya tidak terkejut sangat kerana telah biasa (tengok mayat) tetapi kali ini tidak sangka berlaku pada adik saya sendiri,” katanya.

Beliau berkata adiknya seorang pendiam dan tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan atau memaklumkan masalah dihadapinya kepada mereka sekeluarga. – BERNAMA

Tags: bunuhKeratOmar MiskamTangkak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Buru 5 Lagi Suspek Kes Bunuh 4 Rakyat Myanmar

Next Post

Pasangan Lakukan Seks Dalam Kereta Mati Akibat Keracunan

Related Posts

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

Warga Emas Didakwa Bunuh Rakan

06/05/2025
0

Butterworth: Lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan lelakinya pada bulan lalu....

Next Post

Pasangan Lakukan Seks Dalam Kereta Mati Akibat Keracunan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd