• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal LMS Dibeli Dari China Akan Dibina Bersama

oleh Ahmad Albab
02/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat buah Kapal Littoral Mission (LMS) yang dibeli dari China, akan dibina bersama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembinaan kapal yang dibeli sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu bermula Isnin lalu akan dipantau kementeriannya dan Pentadbiran Negara bagi Sains, Teknologi dan Industri untuk Pertahanan Nasional China.

“Perdana Menteri Najib Razak semalam mengumumkan pembelian empat buah LMS sempena lawatan rasmi beliau ke China. Pembelian kapal-kapal ini merupakan sejarah penting buat negara memandangkan ini merupakan kali pertama Malaysia membeli aset pertahanan dari China.

“LMS pertama akan siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan dalam tempoh 24 bulan selepas kontrak ditandatangani dan kos pembeliannya ditanggung sepenuhnya oleh TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) menerusi peruntukan Program Transformasi 15-5,” kata Hishammuddin dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Jelas beliau, Program Transformasi 15-5 merupakan sebahagian daripada beberapa inisiatif yang telah dirancang untuk mencapai ‘kecekapan penjimatan’ iaitu TLDM akan menggantikan kapal-kapal lama yang memerlukan kos operasi dan selenggaraan tinggi dengan kapal-kapal baharu lebih canggih serta kos operasi dan selenggaraan lebih rendah.

Melalui Transformasi ini juga, pengelasan kapal TLDM diturunkan daripada 15 kelas kepada lima kelas, katanya.

“Saya percaya inisiatif ini merupakan langkah yang kreatif, transformatif dan kos efektif untuk meningkatkan kualiti aset-aset pertahanan dalam memastikan keselamatan dan pertahanan negara sentiasa terpelihara.

“Malah, penggunaan LMS juga berupaya memenuhi keperluan semasa TLDM berdasarkan konsep ‘fit for purpose’ memandangkan kapal-kapal ini direka khas menjalankan misi-misi yang mencabar serta memenuhi standard piawaian antarabangsa,” jelasnya.

Hishammuddin, yang turut menyertai lawatan rasmi perdana menteri itu, berkata dua daripada empat LMS itu akan dibina di Malaysia dan dua lagi di China. – BERNAMA

Tags: ChinaHishammuddinKapal LMS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd