• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Judi: 12 Ditahan, Rampasan Cecah RM200,000

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Seramai 12 individu ditahan dalam satu operasi banteras judi haram bersepadu ke atas enam premis perjudian yang dijalankan Polis Daerah Nilai bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN), hari ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, Ketua Polis Daerah Nilai, Supt. Zaldino Zaludin berkata daripada jumlah itu, tujuh daripadanya adalah warga asing manakala baki adalah rakyat tempatan yang kesemuanya dianggarkan berusia antara 20-an hingga 40-an.

Beliau berkata operasi yang membabitkan seramai 32 anggota termasuk daripada TNB dan MPN itu juga turut merampas 29 buah mesin simulator judi dan tujuh mesin ikan, yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM200,000.

Operasi yang bermula pada pukul 10 pagi tadi tertumpu di kawasan Nilai Square, Taman Cempaka dan Taman Semarak di sini yang telah dikenal pasti menjadi lokasi tumpuan menjalankan aktiviti perjudian.

Katanya, kesemua premis perjudian berkenaan telahpun dipotong bekalan elektrik dan akaun dibekukan sementara bagi mengekang aktiviti itu daripada kembali aktif.

“Daripada enam premis perjudian yang kita periksa hari ini, satu daripadanya kembali aktif manakala lima lagi setakat serbuan dilakukan hari ini, tidak aktif,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap mesin judi atau penjara lima tahun atau kedua-duanya kepada pemilik premis, jika sabit kesalahan.

Pemain judi pula akan didakwa mengikut Seksyen 7(2) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan denda tidak lebih RM5,000. – BERNAMA

Tags: JUDIpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd